in

Hobi Pelik! Warga Emas Dari Jelebu Ini Kumpul Sampah Di Rumah Sampai 4 Tan

Ft Sampah E1610264191243

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang ada hobi yang tersendiri mengikut minat masing-masing seperti mengumpul minyak wangi, duit syiling dan ada juga kumpul tiket wayang. Tapi pernah tak jumpa orang yang ada hobi pelik sampai tahap tak terkawal dah.


Seorang wanita warga emas yang menetap di Jelebu mempunyai ‘hobi’ mengumpul barangan yang tidak boleh digunakan lagi sehingga ada yang menganggapnya sebagai sampah.

Hasil pengumpulan barangan wanita berusia 60 tahun ini mencecah berat sebanyak 4 tan, selain mengambil masa dua hari untuk dibersihkan.

Banyak tu sampai 4 tan, apa lagi yang dikumpulnya!

 

Capture Ii

 

Kerja-kerja pembersihan itu dilakukan oleh Majlis Daerah Jelebu, SW Corp dan Angkatan Pertahanan Awam ( APM ) Jelebu bagi membersihkan ‘koleksi’ wanita itu yang dikumpul selama 5 tahun.

Hasilnya, mereka turut menjumpa resit pembelian resit pembelian barangan, kerusi lama, botol, kotak minuman, payung lama, papan, pelbagai jenis besi selain peralatan elektrik yang diletakkan di sekeliling rumahnya.

Banyak betul, kalau ada value dah boleh buat muzium dah…

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang, Bakri Sawir operasi pembersihan itu dilakukan apabila ‘hobinya’ itu mula disedari orang ramai, justeru tindakan itu diambil bagi mengelakkan pandangan serong penduduk sekeliling.

Capture Iii

 

Sebenarnya ‘koleksi’ barangan yang dikumpul itu bertujuan untuk dijual semula, namun bilangan barangn terkumpul yang terlalu banyak menyebabkan sampah tersebut tidak lagi diuruskan lapor Berita Harian.

“Warga emas itu juga sudah dinasihatkan untuk tidak lagi ulangi perbuatan itu,” 

Warga tersebut juga telah diberi peringatan oleh ADUN tersebut.

Diharapkan kesihatan mak cik tu lebih baik lepas ni, kita hidup bermasyarakat kena sentiasa peka dengan sekeliling juga kan…

 

Baca : Saya seronok jadi bayi Wanita 25 Tahun Belanja Lebih RM1000 Setiap Bulan Hanya Kerana Ingin Jadi Bayi Dewasa

Capture I

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.