in

“Situasi kami tak seperti dalam gambar ni ya” – Umisya Perjelas Isu Video ‘Boomerang’ Dengan Marissa

Marrissa Dan Umisya Berbaik Penjelasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania ada memuat naik hantaran video ‘boomerang’ bersama madunya, Umisya Mazlan, 25, di IG story yang menimbulkan spekulasi bahawa mereka sudah berbaik-baik.


Pun begitu, Umisya semalam tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka susulan penularan video berkenaan.

@melodiberapi

Alhamdulillah sudah bersatu 🥰🥰💕 #misyamazlan #marissa #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #normanhakim #aslam #meloditv3 #muazz

♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Artikel berkaitan: “Raya ada minta maaf tak?” – Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara, Dakwa Individu Psiko Banyak ‘Plot Twist’

Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Bersama, Marissa & Umisya Sudah Berbaik?

Video dirakam sebelum isu viral 

Menerusi perkongsian isteri pertama kepada Aslam ini di IG story, dia mengatakan bahawa video tersebut telah dirakam sebelum kisah mereka tular di media sosial dan mengakui mereka memilih jalan damai dan hubungan pun sudah kembali pulih.

Walau bagaimanapun, selepas kisah mereka menjadi viral, keadaan katanya sudah mula berubah dan berlakunya perbalahan di antara mereka.

Ramai yang DM Misya tanya tentang posting ini dan media pun dah mula keluarkan headline, sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih popularity, nak nampak tersakiti, Allahu. 

“Gambar ni before viral, yang di mana masa ni Marissa dan Misya dan pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ni dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai. 

“Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, everything changed, ada sedikit berbalah dan Marissa dan Misya mula ada boundaries di mana masing-masing membuat hal masing-masing,” jelasnya.

Img 6199

Dalam pada itu, Umisya juga menjelaskan yang dia tidak berkata yang mereka berdua bermusuh, namun ia lebih kepada isu terdahulu yang berkaitan sebuah jenama yang kurang sensitif terhadap isu yang dialami mereka ini.

Situasi kami now tidak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam,” katanya lagi.

Umisya juga menganggap madunya itu merinduinya dan mengucapkan ucapan selamat hari raya di hujung posting tersebut.

Dalam pada itu, Marissa juga memuat naik posting lain di IG story yang seakan-akan membalas kenyataan panjang lebar Umisya.

Img 6198

Terdahulu, Abby Abadi ada berkongsi video Marissa membawa suaminya, Ahmad Aslam bertemu Abby dan Norman Hakim dalam satu acara rumah terbuka keluarga.

Abby juga pada masa yang sama menganggap Hari Raya Aidilfitri ini memberi ruang kepada mereka untuk memperbaiki semua kesilapan lalu.

Apa-apapun kita doa sajalah yang terbaik buat mereka semua. 

Sumber: mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.