Macam musim raya! Inilah yang berlaku apabila trafik jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai katanya meningkat mendadak sejak petang semalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan bermula tengah malam ini.
Menurut Harian Metro, melalui tinjauan mendapati pengguna jalan raya terbabit kebanyakannya daripada Lembah Klang yang menghantar ahli keluarga untuk tinggal di kampung untuk mengelak kerumitan PKPB yang bermula esok sehingga 27 Oktober depan.
Seorang penjawat awam di Kuala Lumpur, Zainal Abidin Sulaiman, 36, berkata, dia lebih selesa tinggal seorang diri dalam tempoh PKPB itu.
Malah setakat ini, tempoh PKPB itu juga belum diketahui sama ada akan dilanjutkan ataupun tidak.
“Kalau tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, tidak bimbang sangat, malah saya boleh bergerak persendirian ke mana sahaja dengan mematuhi PKPB serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Manakala seorang lagi warga kota, Fauzi Yaacob, 41, pula berkata, dia setuju dengan langkah kerajaan mengadakan PKPB untuk putuskan rantaian COVID 19.
Pun begitu, dia terpaksa ambil keputusan hantar anak dan isteri bersama keluarga di kampung dekat Pasir Mas.
“Dalam keadaan ini, saya bimbang dengan kesihatan serta keselamatan anak dan isteri jika tinggal bersama saya di Kuala Lumpur.
“Adalah lebih selamat saya hantar mereka tinggal di kampung,” katanya.
Korang pun ada hantar anak dan isteri balik kampung jugak ke? Uish jammed lah trafik malam ni.
Baca: [TERKINI] PKPB di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini