in

Siti Kasim Culik Anak Guam Sendiri?

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Siti Kasim Culik Anak Guam Sendiri?
Loading
/

Siapa je yang tak kenal dengan Siti Kasim? Sebelum ni dia pernah lantang bersuara semasa kemukakan hujahan dia tak kira dalam apa topik sekalipun. Dan selalunya, apa yang dihujah oleh Siti Kasim ini di luar jangkaan kita. Kan…..


Baru-baru ini kecoh lagi pasal dia, di mana difahamkan Siti telah ‘culik’ anak guamnya sendiri. Aik! Macam pelik je? Menurut Malaysia Kini, Siti yang merupakan seorang peguam, telah ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka.

Kalau korang nak tahu, serbuan dan tangkapan ini dibuat secara live di Facebook semalam

Pada mulanya Siti didakwa telah culik dan mengurung anak guamnya, iaitu seorang remaja, secara paksa. Pun begitu, berdasarkan live semalam, remaja itu bersuara dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dia telah diculik oleh Siti.

20Af883445116149D1Faaa49Ba8Ba300
sumber: malaysia kini

Sebelum ini melalui laman Facebook, Siti ada mendakwa bahawa anak guamnya itu tak nak duduk di rumah ibu bapanya kerana takut dekat ibunya itu. Dia jugak mendakwa bahawa anak guamnya ‘diperangkap’ oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan ada polis yang ‘menunggu untuk menangkap’ anak guamnya itu.

Tapi tak lama lepas itu, ibu kepada anak guamnya dah buat laporan polis, di mana anaknya itu sebenarnya tak waras dan ada masalah dalam soal akidahnya. Pulakk?

Sementara itu, seorang wanita yang mengaku sebagai makcik kepada remaja tersebut memberitahu bahawa ibu kepada remaja tersebut ialah seorang pendera. Wanita berkenaan mendakwa ibu remaja itu jugak bersikap agresif dekat adik beradik mereka yang lain. Menurutnya lagi, anak saudaranya itu berani keluar rumah lepas dicekik oleh ibunya sendiri. Errrrkkkk!

8F7434C43B44A73Cbc6502Eedcf5057D
sumber: malaysia kini

Wanita itu jugak percaya bahawa anak saudaranya tekad mahu tinggal dengan Siti sebab takut dengan ibunya itu. Tambahnya lagi, remaja itu ada hantar pesanan dekat Siti dan makciknya dalam pukul 8 malam, untuk memaklumkan yang ada pihak cuba memecah masuk rumah Siti.

Aduhai… Macam-macam!

Baca: “Saya tak buat salah” – Peguam Negara

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.