in

Siti Bainun Menangis Dalam Kandang Saksi Lepas Semua Peguam Tarik Diri ‘Last Minute’

Ft Siti Bainun Menangis Kena Tinggalkan Peguam Bela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perkembangan terkini berkenaan dengan kes Rumah Bonda, Sinar Harian melaporkan bahawa Siti Bainun Ahd Razali dikatakan telah menangis di kandang saksi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi


Sumber melaporkan bahawa Siti Bainun mengesat air matanya dan mengakui yang dia saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

 

Peguam Siti Bainun semua tarik diri?

Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan bahawa mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan pada pada jam 9 malam, Isnin lepas.

Berikutan dengan pengumuman mengejutkan itu, Siti Bainun kini tidak lagi mempunyai peguam yang membela dirinya dalam prosiding kes mengabaikan dan menganiaya Bella.

Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?

Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.

Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.

Dalam pada itu, Hakim juga nasihat Siti Bainun untuk membuat aduan kepada Majlis Peguam jika ada rasa teraniaya dengan tindakan kesemua peguamnya.

Screenshot 2023 01 17 154331

 “Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?”

Siti Bainun: Saya tak tahu susunan jadual itu macam mana?

Izralizam: Kamu bagi tak mereka tarik diri?

Siti Bainun: Mestilah tidak.

Malah Izralizam turut juga nasihat tertuduh agar melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendali kesnya.

“Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga.”

Disebabkan kes ini, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat.

Malah, Siti Bainun juga dikehendaki untuk maklumkan tentang status terkini lantikan peguam baharu pada tarikh tersebut.

Semalam, dilaporkan 3 orang peguam menarik diri iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Baca : Perlu Cari ‘Laywer’ Lain, 3 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Pagi Tadi

Ft Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.