in

Perlu Cari ‘Laywer’ Lain, 3 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Pagi Tadi

Ft Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk membela diri atas 2 pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, namun begitu, timbul pula satu hal.

Dilihat, prosiding bela diri Siti Bainun ini telah ditangguhkan kepada hari esok berikutan dengan 3 peguam yang mewakilinya itu tarik diri.


 

Hakim anggap tidak wajar berlaku

New Project 5 117

Menerusi Berita Harian, peguam tersebut iaitu Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif memfailkan permohonan menarik diri secara bertulis kepada Mahkamah Sesyen pada Jumaat lalu. Manakala manakala Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor pula membuat permohonan secara terbuka di mahkamah, hari ini.

Berikutan dengan permohonan tersebut, Hakim Izralizam Sanusi akur walaupun istu itu telah menjejaskan kelancaran perbicaraan kes berkenaan yang sudah bertangguh banyak kali.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa perkara ini tidak wajar berlaku kerana tarikh perbicaraan sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua pihak dengan lebih awal, bahkan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat sebarang permohonan seandainya mempunyai masalah.

“Bagi Nur’Aminahtul, menjadi tugas mahkamah untuk meneliti permohonan berkenaan (menarik diri) tetapi pada akhirnya, ia adalah hak peguam itu sendiri.

“Dalam rekod mahkamah, masih ada baki peguam mewakili kamu (Siti Bainun) yang belum membuat permohonan, iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil. Jadi, saya perlu meminta mereka menyatakan pendirian dan saya hendak penjelasan mereka.”

“Saya menangguhkan (perbicaraan) ke esok untuk mengetahui status peguam, sama ada kamu mencari peguam baharu menggantikan Nur’Aminahtul atau mengekalkan Nurul Hafidzah serta Asiah.”

Siti Bainun sendiri baru tahu pagi tadi

Siti Bainun 2

Menurut sumber lagi, saat Izralizam meminta penjelasan berhubung sebab permohonan menarik diri terbabit dikemukakan pada saat akhir, pagi tadi, Nur’Aminahtul menyatakan bahawa pihaknya berpendirian untuk tidak akan mewakili Siti Bainun disebabkan kekangan masa dan masalah berikutan peguam menarik diri, kerana pembahagian tugasan sudah dibuat.

“Pendirian kami, tidak akan meneruskan pembelaan Siti Bainun kerana saya tidak boleh bertindak sendirian tanpa pasukan, selepas dimaklumkan Mohammad Farhan dan Nur Ellena menarik diri, tengah malam tadi.”

“Saya perlu menjelaskan situasi ini kerana pasukan saya membabitkan lima firma yang mana pembahagian tugas sudah diberikan. Jadi apabila isu ini timbul, ia menjejaskan jadual kerja kami.”

“Saya dan Siti Bainun berbincang (ketika prosiding pagi tadi ditangguhkan) mengenai isu ini. Saya akan membantu Siti Bainun mencari peguam untuk mewakilinya.”

Dalam pada itu, Siti Bainun ketika ditanya Hakim berkenaan hal ini menjawab bahawa dia sendiri baru tahu pagi tadi.

“Saya faham Nur’Aminahtul ada memberitahu saya mengenai kekangan masa dan jadual peguam lain (bertindih), namun kita tidak dimaklumkan mengenai isu peguam menarik diri, hari ini”

“Saya akan cuba mendapatkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) atau meminta bantuan Nur’Aminahtul untuk mencari peguam lain.”

Baca : Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Tangguh Bicara Bela Diri

Siti Bainun Gagal Tangguh Bela Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.