Semenjak kes banjir haritu, kita dapat lihat platform Twitter untuk MYDIN ini makin menjadi-jadi ‘kerenah’ dia. Ada sahaja ayat-ayat sarkastik yang mereka katakan sampai netizen pun dapat rasa ‘makan dalam’ dia.
Terbaru ini pula, MYDIN ada buat satu kenyataan yang boleh dikatakan ‘menusuk’ juga lah sampaikan dah raih lebih daripada 10K retweets dalam masa 16 jam.
Tali dia kuat lah tak senang putus
Sebagai salah satu jenama pasar raya besar yang terkenal di Malaysia, sudah semestinya MYDIN ada jual pelitup muka dan pastinya segala apa yang mereka jual perlu diwar-war kan untuk menarik pelanggan membelinya.
Tapi cara dia promote tu, macam ada perkara yang netizen dapat hidu bila MYDIN memberi jaminan bahawa pelitup muka mereka talinya kuat walaupun tak ada SIRIM. Hurmmm…
sirim takde lagi, tapi tali dia kuat lah tak senang putus. pic.twitter.com/ShPnQQ1sLF
— MYDIN (@MydinMalaysia) April 12, 2022
Ramai netizen katakan bahawa ayat ini savage dan tergelak apabila membaca tweet ini, menurut mereka ia dikaitkan dengan satu isu baru-baru ini.
Nakal MYDIN ni – Netizen
Jap, pasal isu apa eh? Min tertinggal bas ke? Kenapa ada netizen sampai suruh buktikan buat live?
Baca : “Hauk betul bang!” – [VIDEO] Mask Jovian Terputus Masa Live, Netizen Kata Tak Berkualiti?