in

Singgah Ke Kubur Ayah Sebelum Sambung Berniaga, Video Budak Lelaki Ini Bikin Ramai Sebak

Cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Tidak semua orang dilahirkan dalam keadaan yang senang, ada yang perlu berusaha keras untuk meneruskan kehidupan secara seorang diri.


Ayah sudah tiada, hidup seorang diri

Baru-baru ini, tular sebuah video menyayat hati yang menunjukkan seorang kanank-kanak lelaki singgah di kubur ayahnya, sebelum sambung berniaga untuk meneruskan kehidupan. Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak lelaki tersebut dilihat sedang memeluk kubur ayahnya, sambil menatap batu nisan seolah-olah sedang mengubati rindu yang tidak terungkap. Turut kelihatan beg dan barang jualan yang berada di tepi kanak-kanak itu.

1 10

2 1 1

Selepas beberapa ketika, dia terus ke jalanan untuk menjual kuih yang dibawanya. Video tersebut turut merakamkan kanak-kanak ini berhenti seketika di tengah-tengah jalan untuk melihat kasutnya yang berlubang, yang membuatkan ibu jari kakinya terkeluar.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini berkata dia perlu berniaga selepas habis waktu persekolahan untuk menampung perbelanjaan harian. Dia juga berkongsi kisahnya yang sering dibuli oleh rakan sebaya di sekolah.

Ramai hulur simpati

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat 3.7 juta jumlah tontonan. Hasil pemeriksaan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa simpati mereka terhadap kanak-kanak ini.

Ada juga yang meminta pemilik video untuk berkongsikan alamat kanak-kanak itu supaya sumbangan dapat dihulurkan dengan lebih mudah.

Bagaimanapun, pemilik video berkata dia akan ke rumah kanak-kanak ini untuk melihat sendiri keadaannya di sana, di samping berjanji akan menghulurkan bantuan yang sepatutnya buat anak kecil ini.

Semoga rakan-rakan kita di Indonesia bantu adik tu!

BACA: Kanak-Kanak Menang Pertandingan Lato-Lato Bawa Pulang Hadiah Kambing

Cover 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.