in

“Singapura layan pekerja asing mcm 3rd World”- Bersesak Dalam 1 Bilik, ‘Time Bomb’ Mula Meletus, Dari 266 Kes Naik Lebih 9,000 Kes

Feat 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari 266 kes, Singapura kini menyaksikan peningkatan mendadak sehingga lebih 9,000 kes positif Covid-19, menjadikan negara itu di tangga pertama di Asia Tenggara dari segi bilangan kes, menurut Worldometers.


Ramai terkejut, tak sangka dengan apa yang berlaku di negara tersebut.

 

1 25

Sedangkan sebelum ini Singapura dipuji oleh WHO sebagai negara yang berjaya tangani Covid-19 dengan baik di dunia.

Malah negara itu dipuji kerana berjaya kawal Covid-19 dengan cara yang santai, tanpa perlu ‘lockdown’ seperti negara-negara lain di seluruh dunia.

Persoalannya kenapa kes di Singapura naik mendadak?

Helme Hanafi di facebooknya ada menulis mengenai situasi dan kemungkinan yang dihadapi Singapura dalam berdepan dengan Covid-19 dan bagaimana kes naik mendadak di negara itu.

COVID19: 1426 KES SEHARI… APA JADI DENGAN SINGAPURA?Saya telah menulis mengenai isu Covid19 di Indonesia dalam…

Posted by Helme Hanafi on Monday, April 20, 2020

Secara ringkasnya, Helmee menjelaskan bagaimana kes naik mendadak di Singapura dalam gambaran yang cukup jelas dan terperinci.

Apa yang salah?

Jawapannya adalah kumpulan pekerja asing 3d (dirty, dangerous, demeaning) yang kebanyakkannya dari Asia Selatan.
Mereka yang tinggal di ‘ghetto’ yang disebut ‘asrama’ tinggal berhimpit-himpit, 12 orang satu bilik, pergi kerja awal pagi dan pulang malam diangkut dengan van tanpa kerusi.
Mereka yang selama ini tidak ‘kelihatan’… atau dihilangkan daripada pandangan masyarakat.
Ketika Singapura melakukan ujian massa Covid untuk rakyatnya dan pekerja asing dari serata dunia termasuk Malaysia, pekerja dari India dan Bangladesh dilupakan (atau sebenarnya tidak wujud dalam sistem saringan awal).
Sebuah posting yang viral, di tulis oleh peguam Tommy Koh awal bulan April, mendedahkan realiti di Singapura.
“Asrama seperti time bomb menunggu untuk meletup, cara Singapura melayan pekerja asing bukan seperti ‘First World but Third World.’. Mereka tinggal di asrama yang penuh sesak dan seperti ikan sardin.”
Singapura hari ini berdepan masalah serius kerana mengabaikan pekerja asing 3D ini dan mengambil polisi santai tanpa lockdown selepas berjaya menangani gelombang pertama.
Betul atau tidak wallahualam, tapi ‘time bomb’ ini sudah mula menampakkan kesannnya!
Feat 36
Sumber: worldometers
Sumber: Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.