in

Sindiket Tawar Vaksin Secara Online Terbongkar, ‘Offer’ RM450 Untuk Orang Tempatan & RM800 Warga Asing

Ft Sindiketvaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegiatan dua individu tidak bertanggungjawab menawarkan vaksin dengan harga ratusan ringgir akhirnya terbongkar. Sindiket penipuan itu dilaporkan mempromosikan vaksin tersebut secara dalam talian dan panggilan telefon.


Menurut Harian Metro, helah mereka akhirnya dapat dibongkarkan selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa ada terima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin.

Vac1

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Kamarudin Md Din berkata, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM450 kepada warga tempatan dan RM800 untuk warga asing.

Hasil laporan diterima, pihak polis kemudian menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di Selangor.

Kami menahan kedua-dua suspek berkenaan di Selangor dan mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.”

Siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin berkenaan melalui Facebook dan panggilan telefon,” katanya dalam kenyataan.”

Call2

Katanya lagi, bagi pelanggan yang berminat mereka akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinansi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah dan diletakkan dalam senarai menunggu.

Pembayaran hanya perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan.”

Suspek mendakwa kira-kira 30 sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan.”

Semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka individu persendirian.”

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa peka dengan inisiatif vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan selain tampil membuat laporan jika ada sebarang maklumat berkaitan penipuan penjualan vaksin untuk tindakan lanjut.

Baca: Orang Ramai Diminta Buat Laporan Polis Jika Ada Pusat Perubatan Swasta Kenakan Caj Untuk Cucuk Vaksin

Amaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.