in

Sijil Kursus Kahwin Sah Untuk 10 Tahun Masih Di Peringkat Cadangan – JAKIM

1Jakim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rabu lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBPKI) bagi tujuan permohonan kebenaran berkahwin adalah tidak melebihi tempoh 10 tahun.


Screenshot 2023 09 03 At 12.31.54 Pm

Susulan kenyataan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menjelaskan isu berkaitan tempoh sah laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan itu. Perlaksanaan yang dijangka bermula Oktober itu masih di peringkat cadangan dan pertimbangan.

JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ia dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak”

Screenshot 2023 09 03 At 12.32.04 Pm

Memetik sumber dari Astro Awani, perkara tersebut telah dibincangkan oleh pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan dibangkitkan bagi memastikan perlaksaan kursus kahwin yang lebih relevan serta berkesan kepada bakal pengantin.

 

Baca: “Hari paling gembira jadi hari paling duka” – Ibu Meninggal Selepas Akad Nikah

Screenshot 2023 09 03 At 12.30.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.