in

“Siapalah saya untuk diberikan ucapan sebegitu” – Dr Azizan Terharu Dihadiahkan Ucapan Hari Jadi Di Billboard Di PLUS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum tahu bahawa mentor perniagaan terkenal, Dr Azizan Osman mempunyai beribu anak murid yang kini mencapai status jutawan terutamanya anak Melayu.


Terpanggil untuk menghargai jasa Dr Azizan sebagai mentor dalam perniagaan, pengusaha perniagaan bantal, Tuan Das Abdul yang juga CEO Das Abdul Global serta Narul Khairil Anuar – memiliki syarikat pengiklanan membuat kejutan luar biasa untuk Dr Azizan.

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-45 Dr Azizan, dua anak muridnya itu telah mendedikasikan ucapan ulang tahunnya di sebuah menara papan iklan setiang (unipole) di Lebihraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Kajang, Selangor! Bukan biasa-biasa weyh!

Sumber: Instagram

Billboard yang berharga RM50,000 itu dipasang akan kekal selama sebulan bermula Rabu lalu sempena tarikh hari jadi sifu mereka, 14 November.

Tuan Das, menerusi Instagramnya berkata penghargaan itu tidaklah dianggap ‘besar’ jika dibandingkan dengan jasa dan usaha Dr Azizan terhadapnya dalam membantu urusan perniagaan sehingga berjaya seperti hari ini.

Sumber: Instagram

 

“Tapi sebenarnya ini belum cukup “gila” jika nak dibandingkan dengan apa yang telah Dr lalukan kepada kami semua. Dari bantu ketika kami susah. Dr hadir ketika kami keseorangan. Dr didik ketika orang lain ejek. Dengan izin Allah swt, telah banyak kami capai jasa @azizanosmanofficial Hanya Allah mampu balas budi dan jasa mereka semua,” kata Tuan Das.

Mengulas lanjut mengenai ‘tindakan’ anak muridnya itu, Dr Azizan berkata dia amat terharu dengan ucapan itu dan menganggap hadiah itu merupakan hadiah paling gila dan luar biasa yang diterimanya.

“Macam-macam perasaan saya sampai tak boleh nak digambarkan. Tapi jujurnya sama amat terperanjat dan kagum dengan hadiah tersebut.

“Ini bukan billboard biasa-biasa, tapi ini adalah unipole… ia diibaratkan sebagai master of billboard. Dengan kedudukannya yang sangat tinggi, saya percaya nilainya amat mahal untuk memberi ucapan buat saya.

“Biasanya ucapan pada papan iklan ini dibuat untuk Yang di-Pertuan Agongm tapi saya yang dapat. Siapalah saya untuk diberikan ucapan sebegitu rupa,” katanya memetik mStar Online.

Dr Azizan yang juga digelar ‘sifu marketing’ berkata, ucapan di billboard merupakan hadiah paling berharga kerana mereka sanggup mengenepikan soal wang ringgit demi memberi ucapan terbesar kepadanya meskipun kos ucapan itu boleh digunakan untuk mengiklankan produk keluaran mereka.

“Billboard yang sepatutnya mereka boleh gunakan untuk buat iklan bagi bisnes atau syarikat mereka, tapi mereka berbesar hati melakukannya untuk ucapan hari jadi saya.

“Bukan setakat selfie, tapi lebih daripada itu. Saya juga mahu melakukan sesuatu di sana sebagai penghargaan kepada dua anak murid saya yang memberikan hadiah paling berharga, paling luar biasa dan paling gila setakat ini”, katanya.

Baca: “Otak bisnes ni” – Netizen Kagum Dengan Perniagaan Adik Darjah 2 Ni, Jana RM700 Sebulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.