in

“Siapa busuk hati ni?” – Polis Buka Siasatan Lepas Orang Buat Laporan Dr Zulkifli Langgar PKP

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai antara korang tahu yang Datuk Seri Dr Zulkifli sering memuat naik aktiviti yang dia lakukan di media sosial.


Kerana ini, seorang lelaki berusia 43 tahun telah mengambil kesempatan dan membuat laporan polis kerana Dr Zulkifli menunjukkan aktivitinya di laman Facebook pada 2 Mei lalu dan didakwa telah melanggar PKP.

95136123 3291456150918164 3887896476143058944 N

Menurut individu tersebut, Dr Zulkifli telah melakukan beberapa aktiviti seperti menghantar surat pertukaran kepada pegawai kanan Jakim secara peribadi pada 31 Mac dan ambil gambar bersama pegawai tersebut.

93412184 3245693338827779 5114756873542696960 O

Laporan itu turut mendakwa yang Dr Zulkifli telah berjumpa dengan rakannya, Datuk Dr Fathul Bari dan beberapa individu lain di pejabatnya tanpa mengamalkan penjarakan sosial pada 13 April.

Oleh kerana laporan telah dibuat, pihak polis telah pun membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ini dan Ketua Polis Daerah Kajang turut mengesahkan yang mereka telah menerima laporan mengenai dakwaan ini pada 3 Mei Lalu, lapor The Star.

 

Baca: Dah Tunjuk Bukti Tapi Penolong Editor Malay Mail TETAP Cakap Dr Zul Salah & Tak Nak Minta Maaf

Screenshot 2020 05 14 At 2.23.01 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.