in

“Siap pegang-pegang lagi” – Lelaki Syok Menyanyi Di Pentas Dengan Wanita Lain Ditampar Isteri Cemburu

Isteri Cemburu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan cemburu merupakan perkara biasa yang dirasai oleh semua individu, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan sendiri. Ada juga beberapa kes yang dilaporkan di media berkenaan perasaan cemburu seseorang yang berakhir dengan tragedi.


Baru-baru ini, viral di media sosial negara jiran, Indonesia mengenai satu video yang memaparkan seorang wanita bertindak menampar suaminya yang sedang asyik menyanyi di atas pentas bersama seorang perempuan lain.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram @video_medsos, si suami dapat dilihat tampil mesra dengan penyanyi wanita dimana mereka saling berpegangan tangan dan berpelukan.

Difahamkan, mereka menyanyikan lagu bertajuk ‘Pandangan Pertama’ nyanyian kumpulan RAN.

Gitaris pun jadi mangsa sampai kena tolak tepi

Pun begitu, ketika kedua-duanya sedang asyik menyanyi di atas pentas sambil disaksikan penonton, seorang wanita bertudung berjaya dirakam naik ke pentas sebelum bertindak menampar si lelaki.

Lapor Suara.com, wanita bertudung itu ternyata isteri si lelaki yang asyik menyanyi itu. Difahamkan, wanita itu cemburu melihat suaminya yang mesra dengan wanita lain dihadapannya.

Insiden terbabit menerima pelbagai reaksi netizen negara jiran.

“Perempuan itu bisa memendam cinta sampai ribuan tahun, tapi gak bisa menahan cemburu,” tulis netizen.

“Cemburu wajar, tapi kalau masih pacaran bikin malu diri sendiri. Terkecuali itu suaminya wajar digituin,” komen netizen lain.

“Meskipun tampil totalitas gak perlu kontak fisik dong, di depan istri aja berani kayak gitu, kalo di belakang lebih gimana ya,” kata netizen lain pula.

“Jujur ya gue sebagai perempuan pasti cemburu kalo dia kayak gitu. Lagian tu cowok ada pasangan jaga perasaan lah. Mungkin kalo, duet sama cewek nya gak semesra itu jadi ceweknya kesel,” tulis pengguna laman sosial lain.

Sumber: Suara.com, IG @video_medsos

Baca: “Amboi kemain rapat”- [VIDEO] ‘Pawrampas!’ Isteri Cemburu Suami Asyik Berkepit Dengan Kucing Peliharaan

Cats 4 E1639272318869

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.