in

“Amboi kemain rapat”- [VIDEO] ‘Pawrampas!’ Isteri Cemburu Suami Asyik Berkepit Dengan Kucing Peliharaan

Cats 4 E1639272318869

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing adalah satu haiwan yang menjadi kegemaran ramai sebab comel dan suka melayan kerenah diorang yang pelik kadang-kadang. Tapi, siapa sangka yang haiwan comel ini boleh jadi ‘perampas’ dalam sesebuah rumahtangga?


Perkara ini dirasai oleh seorang wanita apabila suami dia dilihat lebih rapat dengan haiwan peliharaan mereka.

 

Orang ketiga digelar ‘Pawrampas’

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh di Fatin Rehanna di Tiktok semalam, hubungan dia dan suaminya sebelum ini boleh dikatakan agak rapat tetapi dia tak sangka yang kucing peliharaan mereka akan jadi ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka.

Dengan background lagu macam orang baru putus cinta, memang video itu nampak sedih gila macam konon ada ‘perampas’ dalam hubungan.

@fryrehanna

PAWRAMPAS , they look so happy together ?

♬ Reckless – Madison Beer

Menurut Fatin, kucing comel berwarna oren putih itu dibela oleh dia dan suaminya sejak tahun 2019 dan sebab itulah korang boleh tengok yang suami dia dan kucing tersebut memang rapat betul, bak kata pepatah bagai isi dan kuku.

“Kiteorang sambung adopt kucing ni sebab rakan sekerja kena pindah Sarawak.”

Memang tak pelik la bila kucing ini digelar ‘pawrampas’ disebabkan ramai yang tertarik dengan kecomelannya itu.

2

 

Bermadu dengan kucing

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur bila kucing itu digelar ‘orang ketiga’ sebab terlalu rapat dengan suaminya itu, siap ada yang cakap macam kena bermadu dengan kucing. Malah, ada juga yang turut terpukau dengan kecomelan kucing itu.

“Satu-satunya ‘pawrampas’ yang saya sokong.”

Komenn

Suami-suami kat luar sana yang bela kucing tu jangan lupa isteri juga ye. Nanti merajuk kang diorang haa baru tahu.

 

Sumber: Fatin Rehanna

Baca:”Tak pernah dibuat orang”- [VIDEO] Tenang Dibawa Bersiar-siar Naik Motor, Gelagat Kucing & Ayam Ini Tarik Perhatian Netizen

Capture 4

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.