in

“Siap nak pegang-pegang pulak” – [VIDEO] Wanita Diganggu Di Tempat Awam Undang Kemarahan Netizen

Meng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang wanita pastinya berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, lebih-lebih lagi apabila golongan hawa ini terpaksa berdepan dengan golongan lelaki yang sering mengganggu baik dari segi fizikal mahupun mental.


Sebuah video tular di TikTok dimana seorang wanita berkongsi bagaimana dia diganggu oleh seorang lelaki secara tiba-tiba di tempat menunggu bas.

@reenatasya

Sempundal hamlau. Take care gadis gadis di luar sana ❤️❤️ #fypシ #xyzcba #stopsexualharrasement??

♬ original sound – Reene – Reene

Pengguna TikTok dengan nama @reenatasya terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila diganggu oleh seorang lelaki dan dia merakam situasi itu secara senyap. Dalam video tersebut dapat dilihat lelaki tersebut ada cubaan untuk memegang wanita tersebut.

Pastinya video tersebut mengundang kemarahan netizen lebih-lebih lagi golongan wanita.

Vvv

Victim blaming?

Bagaimanapun, tidak kurang juga beberapa orang netizen yang mengatakan wanita tersebut diganggu kerana ‘melayan’ lelaki tersebut dan ada juga yang menyalahkan wanita itu kerana tidak menjerit atau membuat laporan polis.

Bnbnbn

Selepas video itu menjadi viral, pengguna TikTok tersebut memuat naik sebuah lagi video menceritakan hal sebenar dan perasaannya ketika berada dalam situasi tersebut.

@reenatasya

Reply to @nyall_7 #shouldbeme ni ha kasi faham

♬ original sound – Reene – Reene

Tak ramai yang faham perasaan diganggu sebegitu, jadi jangan susahkan orang lain ok?

Baca: Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki ‘Pervert’  Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni

Untitled Design 2022 03 17T120856.368

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.