Untuk mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mencari seseorang yang boleh menerima baik dan buruk diri kita.
Pelbagai cara boleh dilakukan buat mereka yang sudah terlalu sunyi hidup bersendirian ingin mencari teman sehidup semati, ada yang rela dijodohkan oleh keluarga, ada juga yang mencari melalui aplikasi tetapi terbaru ada seorang pemuda ini menggunakan cara yang sedikit unik berbanding biasa.
Pemuda yang dikenali sebagai Ariff Peter berkongsi di media sosialnya, sebelum ini dia telah beberapa kali dikecewakan dalam perhubungan dan disebabkan itu dia sanggup mencetak banner dan juga flyers untuk mencari calon isteri.
Insyallah, akan berjumpa jodohnya suatu hari nanti ❤️ @TwtJodohMY pic.twitter.com/7cNmPVBFFb
— Ariff Peter (@ariffpeter_) July 12, 2022
Lebih mengagumkan, lelaki bujang itu turut menawarkan elaun dan hadiah lumayan buat mana-mana wanita yang sudi menjadi isterinya.
“Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan saya jodoh akan dapat hadiah lumayan wang tunai sebanyak RM10,000.” tulisnya.
Assalamualaikum,
Seperti yang ramai yang tahu, aku ada penyakit kronik dan sebelum meninggal dunia, aku teringin sangat nak berumah tangga. Jadi, aku nekad nak berikan hadiah kepada sesiapa yang dapat bantu carikan aku jodoh. Tag kawan-kawan korang yang single. @TwtJodohMY pic.twitter.com/skpSWnFqOt— Ariff Peter (@ariffpeter_) July 6, 2022
Rata-rata netizen kagum dengan keberanian lelaki muda berkenaan dalam mencari jodoh dan tidak kurang juga pengguna Twitter menawarkan beberapa pilihan nama rakan mereka yang dirasakan sesuai dengan lelaki berkenaan.

Mantap bang, semoga bertemu yang sesuai!
Baca: “Dah jodoh” – Umur Menantu Hanya Tua 3 Tahun Dari Mentua, Suami Pula Muda 20 Tahun!

