Seorang wanita dari negara jiran telah menjadi tumpuan netizen apabila dia kongsikan kehidupan keluarganya di mana pengguna TikTok @Ria_Gobel ini mendedahkan bahawa umur ibu mentuanya lebih muda daripadanya.
Mentua 47 tahun, suami 30 tahun, isteri 50 tahun
Dalam beberapa video yang dikongsikannya, wanita ini menjelaskan bahawa ibu mentuanya itu muda 3 tahun dari umurnya sementara suami kepada wanita ini pula muda 20 tahun.
Katanya, jarak umur yang tidak berapa jauh telah membuatkan dirinya merasakan mentuanya itu seperti kawannya, bahkan dapat dilihat keakraban mereka.
@riavangobel2
“Ketika aku lebih tua 3 tahun daripada mentuaku, mentua rasa teman, dan aku lebih tua 20 tahun dari suamiku, aku 50 tahun dan suamiku 30 tahun.”
@riavangobel2 Ketika mertuaqu lebih muda 3thn dari aq
♬ Komologwe Melanesia_Pace Gembul x Walo x Nalello – Nalello
@riavangobel2 mertua rasa teman
@riavangobel2 Balas @abdillahabdillah557 Oma 50thn Opa 30thn
Ditanya netizen panggilan yang digunakan memandangkan dirinya lebih tua, wanita ini menyatakan dia tetap memanggil mentuanya itu ‘mama’. Katanya lagi, hubungan mereka sangat baik dan mereka telah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun.
Atas perkongsian tersebut ramai netizen memuji dan menyatakan bahawa ini adalah maksudnya jodoh tak mengenal usia.
Betul tu, kalau dapat restu daripada ibu umur tu bukan penghalang, ada netizen juga yang mempertikaikan mereka kononnya wanita ini kaya, tapi apapun biarlah apa orang kata. Kami Team LM berdoa agar jodoh mereka kekal berpanjangan.
Baca : “Anak pun lebih seratus orang” – Gila! Lelaki Tua Kahwin Buat Kali Ke-37 Depan 28 Orang Isterinya