Bagi mereka yang merindui makan makanan kenduri, nasi minyak, ayam masak merah, daging gulai kicap semua tu boleh datang ke satu warung dekat Klang ni.
Satu video di TikTok dari @azmhni.ps ini telah menjadi tumpuan netizen dimana warung dari Klang ini berkonsepkan kenduri kahwin dimana ia segala menu yang selalu kita nampak dalam majlis bersanding ada disediakan disitu.
Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari
Dalam masa 2 hari, video ini telah meraih lebih dariopada 300,000 jumlah tontonan, menurutnya, kali pertama ternampak warung ini, ingatkan ada kenduri kahwin kerana melihat khemah dipasang bersama bunga manggar.
Sesampainya di kawasan terbabit, rupa-rupanya ia adalah kedai makan yang menggunakan suasana seperti majlis perkahwinan, di dalam kedai makan tersebut, lagu majlis kahwin mainkan dan ada menyediakan menu-menu yang disediakan semua berkonsepkan kenduri.
@azmhni.ps Janji lepasnih ikut mak pi kenduri 😩 bila tengok ni terus teringin nasi kenduri 😋 #nasikenduri #fyppppppppppppppppppppppp
Menurutnya lagi, lokasi Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari ini terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang. Ramai netizen begitu teruja apabila melihatnya dan rata-rata memang memuji dengan strategi pemasaran yang digunakan di kedai makan ini.
Kreatif – Netizen
Okay, weekend ni min nak pergi serbu, mesti best kan? Tuan kedai kalau nak buat kenduri anak tak perlu susah-susah fikir tempat, cuma, jangan nanti dekat area situ ada majlis tetamu salah pergi sudah. Hehe!