in

“Part betulkan baju tu, sama betul!” – Lelaki Ajuk Gaya Makcik-Makcik Datang Kenduri Kahwin, Netizen Puji Lakonan ‘On Point’!

Page Makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali tengok, terus terbayang mak sendiri bila jumpa kawan-kawan kat kenduri kahwin. Tambah pula bila dah boleh rentas negeri ni kan?


Situasi itu jelas ditunjukkan menerusi video di aplikasi TikTok milik Andi Hans, @makobekdangdut. Video itu telahpun tular di media sosial dan mendapat ribuan tontonan serta dibanjiri komen-komen dari netizen.

Hal ini kerana, dalam video itu, lelaki dengan lengkap berpakaian seperti makcik-makcik mengajuk cara dan perbualan yang sering dilakukan oleh mereka ketika berada di kenduri-kendara.

Video itu telah mendapat banyak reaksi pengguna TikTok kerana Andi berjaya menggayakan watak makcik-makcik siap dengan intonasi suara yang sama seperti dalam kehidupan sebenar. Mereka juga teruja kerana ketiga-tiga gaya yang ditunjukkan, sangatlah dekat dengan makcik yang berusia lingkungan 40 ke 50 tahun.

@makobekdangdut

Makcik Makcik Bila jumpa kawan dekat kerja kahwin, semuanya kene mengene. #makobek #makciktiktok #yangpentinghappy #jemputan #makcikpetir

♬ original sound – Andi Hans – Andi Hans

Tidak hanya dengan itu, ramai yang bertanyakan dimanakah dia dapat memperoleh segala perhiasan dan juga pakaian yang bersesuaian dengan watak tersebut. Mereka juga tidak ketinggalan untuk berseloroh menyatakan Andi sudah terbiasa mengikuti ibunya ke kenduri kerana lakonannya dikatakan on point. 

Komen Makcik

Komen Makcik 2

Komen Makcik 3

All the adjusting of baju & tudung gestures is amazing laa” – Netizen

Ada juga yang memahami beberapa dialog yang disampaikan oleh Andi yang dikatakan ada kaitan dengan pekerjaan kilang yang begitu sinonim di kalangan makcik-makcik. Andi juga sebenarnya sudah pun membuat pelbagai content yang berkaitan dengan makcik-makcik mengikut jenis majlis yang sering diadakan di Malaysia. Untuk lebih video yang menarik, boleh klik di sini.

Menarik betul kan? Menjadi pula lakonan makcik-makcik. Terhibur tengok video-video Andi ni, kreatif!

Baca: “Diperbuat daripada simen” – Rekaan Katil Seakan Bentuk Kubur Ini Cetus Tanda Tanya Pengguna TikTok

Untitled 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.