in

“Siap dengan bantal” – Busana Persis ‘Toto’, Aina Abdul Jadi Buah Mulut Netizen?

Aina Abdul Toto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, konsert mingguan Big Stage memperlihatkan persembahan yang menarik dari peserta-peserta dengan tema ‘Hari Jiwa Galau’ dan pentas itu didominasi oleh Waode dari Indonesia dengan lagu Hurt.


Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah busana juri tetap rancangan tersebut iaitu Aina Abdul dengan busana extravagant yang dikatakan persis tilam toto.

Jika minggu sebelum ini, Aina Abdul yang terkenal dengan fesyen luar kotaknya itu berbusana serba hijau neon, minggu ini pula pelantun lagu Terus Hidup itu memakai gaun tebal yang berwarna-warni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Fesyennya semalam menimbulkan perbualan netizen, walaupun ada yang memuji busananya itu namun lebih ramai yang memberikan kecaman terhadap penyanyi wanita itu kerana ramai yang merasakan bajunya itu melebih-lebih.

Tidak kurang juga, ada yang merasakan ianya sebuah gimik oleh pihak produksi bagi menarik perhatian penonton.

Cats 88

Selain itu, ramai juga netizen yang menagatakan pakaian Aina Abdul itu tidak sesuai memandangkan beliau diangkat sebagai juri, harusnya beliau memakai sesuatu yang lebih sopan dan proper.

Janji nyanyi sedap ek? 

Baca: “Biar apa yang berlaku saya sahaja tahu” –  Aina Abdul Nafi Pecat Pengurus

Ft Aina Abdul Pecat Pengurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.