Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur membuatkan ramai yang terjejas apabila rumah mereka dinaiki air dan selepas banjir surut kena pula bersihkan rumah daripada air lumpur yang kotor.
Macam manapun, mujurlah ramai pihak yang ingin membantu seperti NGO, selebriti dan termasuklah ahli politik sendiri yang turun padang untuk sama-sama membantu ringankan beban mangsa banjir.
Menerusi perkongsian di Twitter, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan juga dilihat turun padang membantu mangsa banjir di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
Bersihkan rumah mangsa #banjir di #KualaKrau #Pahang
Dalam & luar rumah. Juga guna “water jet” & peralatan2. Simpati banyak perabot2 yg rosak
Moga hujan berhenti & tiada banjir lagi
Sblm musim akan datang harap ada penyelesaian jangka panjang spt dalam & luruskan sungai2 dll pic.twitter.com/WHpG2GTIOR
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 12, 2021
Daripada video tersebut, dapat dilihat Ahmad Maslan sedang membantu bersihkan lumpur di kawasan rumah seorang mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, gelagatnya dalam membersihkan kawasan tersebut dilihat agak menggelikan hati kerana dia kelihatan kekok dalam melakukannya.
Alaa biasalah kan. Tak selalu YB buat kerja-kerja ni…
“Kalau nak buat benda tu, tarik dari kawasan depan pintu membawa ke pagar rumah”
Telatah Ahmad Maslan yang menolak lumpur air menggunakan penyapu di tengah-tengah kawasan lantai telah mendapat teguran netizen yang mengajarkannya cara yang betul.
Menurut seorang netizen, kalau ingin membuang air tersebut, beliau sepatutnya mula menarik air lumpur dari depan pintu rumah hingga ke kawasan pagar rumah. Betul jugak tu!
Apa-apapun usaha dan keprihatinan Ahmad Maslan dalam menziarahi dan membantu mangsa banjir adalah sesuatu yang dipuji.
Semoga yang terkesan banjir ni dalam keadaan baik-baik saja.