Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan awam seperti KTM dan MRT, korang pasti familiar dengan koc wanita yang dikhaskan untuk perempuan sahaja.
Mereka yang berjantina lelaki tidak dibenarkan memasuki koc tersebut dan boleh sahaja duduk di mana-mana koc lain selain koc tersebut di dalam tren.
Artikel berkaitan: “Terima kasih bang” – Ramai Puji Tindakan Rider Tegur Pengguna Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita
Artikel berkaitan: “Selamba je dia” -Koc Wanita MRT Baru Dilancarkan, Individu Kesal Lelaki ‘Sailang’ Tempat Duduk
Masuk koc wanita, lelaki ditegur bertindak biadap
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki dilihat bertindak biadap apabila ada penumpang wanita yang menyuruhnya ke koc lain selepas dia memasuki koc wanita.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat lelaki itu berpura-pura bercakap di telefon dan berkata ‘shut up’ kepada wanita yang menegurnya itu.
POV: Anda seorang wanita di bahagian MRT koc wanita dan telah meminta lelaki itu beredar dari situ dengan sopan, namun sebaliknya dia telah memaki hamun anda,” tulisnya.
Jelas pemilik video itu, lelaki berkenaan pada asalnya tidak menelefon sesiapa pun sehinggalah dia mula menegur dan merakam kejadian itu.
Nampak macam saya tengah ganggu dia, tapi dia menjerit pada saya berkali-kali sebelum saya mula merakam. PS: Tiada pengawal keselamatan ketika ini bila saya mencari mereka,” tulisnya lagi.
“On call tapi pakai earpiece”
Video berkenaan telah menerima kecaman netizen yang mana rata-rata netizen malu dengan sikap yang ditonjolkan lelaki itu.
Apa-apapun diharapkan pengguna MRT di luar sana cakna dengan peraturan di koc wanita. Malu je bila kena dedah macam ni.
Sumber: TikTok