in

“Selamba je dia” – Koc Wanita MRT Baru Dilancarkan, Individu Kesal Lelaki ‘Sailang’ Tempat Duduk

Mrt 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, ada sesetengah tempat awam dikhaskan untuk beberapa golongan. Sebagai contoh, tandas yang dilabel simbol ‘kerusi roda’ bermaksud tandas itu hanya boleh digunakan oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).


Sama juga seperti koc wanita yang telah dilabel pada beberapa pengangkutan awam, contohnya di komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Artikel berkaitan: “Betul ke ada orang b*doh macam ni?” – Ben Amir Selar Lelaki Pertikai MRT Bakal Ada Koc Wanita

Artikel berkaitan: “Lelaki kena duduk, perempuan kena berdiri” – Individu Dikecam Sebab Kutuk Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita, Ini Respon KTMB

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan koc khas untuk wanita dalam transit aliran massa (MRT) laluan Kajang. Langkah ini diambil demi keselamatan penumpang wanita yang terdedah dengan risiko gangguan seksual setiap kali mereka terpaksa bersesak dalam koc terutamanya ketika waktu kemuncak.

Namun apa yang berlaku ada beberapa penumpang lelaki yang menyalahguna kemudahan koc wanita ini.

Satu video yang dikongsi oleh @shueeewenn di TikTok memaparkan beberapa lelaki kelihatan ‘selamba’ duduk dan main telefon pintar di koc wanita sedangkan koc tersebut jelas dilabel ‘Koc Wanita Sahaja’ dan berwarna merah jambu.

@shueeewenn

It’s okay we respect people who have dyslexia ? #rapidkl #mrt

♬ I’m Just Ken – Ryan Gosling

Walaupun keadaan dalam MRT pada ketika itu tidaklah sesak, itu bukanlah green light  bagi penumpang lelaki untuk masuk dalam koc wanita tersebut.

Namun begitu, video lain yang dimuat naik oleh akaun yang sama menunjukkan keadaan sebelum dan selepas polis bantuan sampai di koc wanita tersebut. Pada 20 September 2023, kira-kira jam 9.53 pagi, tiada polis kelihatan dalam koc tersebut. Namun selang 8 minit selepas itu, ada ‘abang polis’ yang datang menegur penumpang lelaki di koc itu.

Video dengan tontonan sebanyak 293.1K itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka kesal dengan penumpang lelaki yang masih degil untuk mengikut peraturan.

Mrt 2

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.