in

Shila Amzah, Ubai Ikat Tali Pertunangan

Shila Amzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disangka putus, rupanya sudah bertunang! Akhirnya, penyanyi Shila Amzah atau Nurshahila binti Amir Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.


Sebagai peminat, kami turut gembira mendengar khabar baik ini. Pertunangan ini dihebahkan dalam hantaran Instagram milik Ubai berserta caption pendek “Alhamdulillah (emoji cincin)”.

Peminat juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ubai dan Shila yang nampak sepadan menggayakan pakaian sedondon berwarna ungu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menurut hantaran Instagram Shila Amzah, pertunangan ini dilakukan secara tertutup, khas untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Shila juga sempat meminta agar semua mendoakan hubungan mereka kekal kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Beberapa hari lalu, Shila telah memuat naik satu posting di Instagramnya dengan caption “Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth.”

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.”

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila.”

Ternyata, hantaran tersebut hanyalah sebagai satu appreciation post buat Ubai dan bukannya tanda mereka sudah tidak lagi bersama.

Apa-apapun, kami ucapkan tahniah kepada pasangan ini. Sama cantik, sama padan!

Sumber: Utusan Online

Baca: Nafi Putus Cinta Dengan Ubai, Ini Penjelasan Shila Amzah

Shila Amzah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.