Siapa yang tidak kenal dengan bintang sensasi Shakira? Penyanyi popular yang mendedangkan lagu kegemaran ramai ‘Waka Waka’ dan ‘Hips Don’t Lie’ ini katanya telah ‘membongkar’ kecurangan suaminya, Gerard Piqué, seorang pemain bola sepak professional hanya dengan jem strawberi!
Benarlah orang kata, naluri seorang wanita jangan dibawa main. Tetapi, macam mana Shakira boleh tangkap suaminya curang dengan jem ni? Jom, baca lebih lanjut!
Gerard mana makan jem strawberi! – Shakira
Dengar macam kelakar, tetapi itulah kebenarannya. Menurut khabar angin, Shakira yang baru pulang ke rumah mendapati jem strawberi kegemarannya telah dimakan.
Namun, Piqué bukanlah penggemar jem strawberi. Malah, selama mereka berkahwin, tidak pernah sekalipun Piqué makan jem kegemarannya itu. Anak-anak mereka juga sama!
Menurut peminat Shakira, beliau telah menggambarkan insiden ini secara tersirat dalam video muziknya yang terbaharu, ‘Te Felicito’. Dalam video tersebut, Shakira telah membuka peti ais dan mendapati kepala Alejandro terhidang di atas pinggan!
Walau bagaimanapun, semua ini hanyalah spekulasi peminat semata-mata. Masih belum ada pengesahan dari kedua-dua bintang popular ini mengenai kesahihan cerita ini.
Shakira telah berpisah dengan Piqué pada bulan Jun lepas selepas 11 tahun bersama.
Selain lagu ‘Te Felicito’, Shakira juga telah merakamkan sebuah diss track bertajuk “BZRP Music Session #53, khas untuk menempelak kecurangan Piqué.
Piqué kini sedang hidup bersama dengan teman wanitanya yang berusia 23 tahun, Clara Chia Marti, juga wanita yang telah menjadi orang ke-3 dalam hubungan Shakira-Piqué.
Haa, jangan main-main dengan kaum wanita ya. Jem strawberi pun boleh jadi punca!
Baca: Terima Tajaan Spotify, Jersi Barcelona Bakal Dihiasi Dengan Logo BTS?