in

“Setiap rumah kena ada”- Ini Barang-barang Yang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Untuk Hadapi Banjir Nanti

F2Pbbbb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kita dah nak menghampiri musim tengkujuh. Untuk elakkan kejadian seperti tahun lalu berulang kembali, kita kena lah buat persiapan awal dan kena sentiasa alert dengan ramalan cuaca.



7 8

Antara persiapan awal yang boleh kita lakukan untuk menghadapi banjir atau musim bah ialah setiap rumah perlu sediakan beg kecemasan bencana.

Beg kecemasan atau emergency bag merupakan sebuah beg galas yang mengandungi barang-barang penting yang diperlukan ketika sesebuah bencana berlaku.

10 3
Gambar sekadar hiasan

Yang penting, beg tersebut mestilah kalis air supaya barang-barang penting di dalamnya tidak rosak akibat air hujan atau banjir. Pilih beg yang bersaiz sederhana, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Menurut BERNAMA, antara barang-barang yang wajib ada dalam beg kecemasan bencana ialah wisel untuk memudahkan anda meminta tolong jika paras air banjir semakin meningkat, lampu suluh beserta bateri, powerbank dan selimut.

Selain itu, jangan lupa juga bekalan air bersih seperti beberapa botol air mineral dan makanan tahan lama.

Antara makanan tahan lama yang boleh digunakan ialah kekacang, kacang dalam tin, ikan sardin tin, buah-buahan kering, protein bar, granola bar dan bijirin.

Pastikan kit kecemasan dan ubat-ubatan seperti minyak angin, minyak gamat, panadol dan plaster luka turut tersedia dalam beg kecemasan tersebut.

Beberapa salinan pakaian juga boleh diletakkan bersama sebab kita tak tahu bila kita boleh kembali ke rumah terutamanya jika air banjir lambat surut.

Pastikan juga dokumen penting seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan turut dibawa bersama. Boleh letak dokumen mustahak ini dalam fail agar tak basah.

Wang tunai juga perlu dibawa bersama sebab mungkin kita memerlukannya untuk beli apa-apa keperluan sebab selalunya bila banjir, sambungan internet mungkin tak berapa stabil, jadi pembayaran menggunakan kad debit atau transaksi dalam talian tidak boleh digunakan.

Untuk kaum wanita pula, pastikan anda letakkan tuala wanita dan lampin  bersama dalam beg kecemasan anda jika anda ada bayi.

So, bila beg dan barang-barang penting ini dah tersedia, senanglah bila berlaku banjir di rumah korang nanti.

Korang boleh terus grab beg ni dan selamatkan diri. 

Baca: “Tanya dulu tuan rumah”- Makcik Sedih, Ada Sukarelawan Rosakkan Barang Ketika Mengemas

6 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.