Membantu mengemas dan membaikpulih rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana tersebut adalah satu amalan yang mulia.
Tidak dapat dinafikan, ramai mangsa banjir amat memerlukan bantuan dari pihak sukarelawan pada saat-saat sukar ini.
Pun begitu, dalam kita bersemangat membantu mangsa, seorang makcik meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir sukarelawan yang menurutnya telah merosakkan barang rumah ketika menghulurkan bantuan. Uish macam mana boleh jadi macam tu?
“Kalau nak bantu tanya dulu tuan rumah…”
Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan @memes.puaka, seorang makcik yang ditemubual wartawan meluahkan rasa sedihnya apabila kebanyakan barang rumah telah dirosakkan sukarelawan ketika mereka bantu mengemas.
Tambahnya lagi, ada juga barang telah dibuang dengan sewenang-wenangnya tanpa bertanya kebenaran pemilik.
@buletin.tiktok Betul ! Banyak lagi barang yang masih boleh diselamatkan. Bertahun mereka menabung utk beli jadi musnah macam tu je . Credit : Youtube Malaysiagazettetv #fyp #fypシ #berandatiktok
Menurut makcik tersebut, kebanyakan barang telah ‘dibuang’ sukarelawan masih boleh digunakan lagi jika dibersihkan atau dibaiki.
Namun kebanyakannya sudah dimasukkan ke dalam plastik sampah tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah.
Jangan rosakkan barang tuan rumah, kalau nak bantu tanya dulu tuan rumah apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dibantu.
“Setiap pertolongan kita, ada yang sangat menyusahkan dan ada yang sangat menyenangkan.
“Semua barang keperluan saya yang saya simpan bertahun-tahun, semua rosak. Padahal benda tu tak rosak pun. Pinggan mangkuk boleh dicuci, apa salah pinggan mangkuk tu. Periuk belanga saya semua dibuang ke dalam tong sampah,” katanya.
“Basic adab, tanya nak buang ke tak nak walau 1000x kena tanya”
Ramai di kalangan netizen berpendapat apa yang diluahkan makcik tersebut ada kebenarannya kerana tak semua orang mempunyai wang yang banyak untuk membeli barang-barang baru.
Malah sukarelawan ini juga ditegur supaya lebih beradab ketika datang membantu mangsa banjir dan seharusnya mereka bertanya dulu kepada tuan rumah sebelum membuat apa-apa perkara melibatkan harta benda mangsa.
Apa-apapun diharapkan teguran makcik ni tak lah buat korang tak mahu turun padang membantu mangsa banjir pula. Anggap sajalah ia teguran dan sebaiknya korang tanya dulu apa yang mangsa perlukan sebelum buat sesuatu perkara tanpa persetujuan mereka.
Baca: “Menyerah je lah” – Mainan Hilang Dalam Banjir, Tapi Jawapan Adik Ini Buat Ramai ‘Salute’