in

“Setelah lama berjauhan” – [VIDEO] 2 Tahun Dipenjara, Netizen Sebak Lihat Pertemuan Wanita Ini Dengan Keluarga

Wanita Keluar Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang melakukan kesilapan, namun sebagai manusia biasa semua orang berhak mendapatkan peluang kedua dalam hidup selepas menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang banduan wanita akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya setelah sekian lama terpisah di sebalik tirai besi.


Menurut pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Yusri, wanita tersebut merupakan adiknya telah menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan dibebaskan pada 27 Jun lalu.

@abedukun

setelah lama kita berjauhan akhirnyaa kau dah bebas hari ni…biar laa org nk hina atau caci maki yg penting kita tahu siapa kita..diorg nmpk baik sbb aib depa ditutup jhaa so jgnn nk angkuh sgt#sadvibes #berandatiktok #fypmalaysia?? #fypシ゚viral #fouryoupage #fypシ #banduan

♬ original sound – Izzat Yusri – Abg Atomen?

“Setelah lama kita berjauhan akhirnya kau dah bebas hari ni… Biarlah orang nak hina atau caci maki yang penting kita tahu siapa kita. Diaorang nampak baik sebab aib mereka ditutup, jadi jangan nak angkuh sangat,” tulisnya.

Memetik sumber Harian Metro, baginya status sebagai bekas banduan bukan sesuatu yang menjijikkan sehingga dia dan keluarga perlu membuang adiknya itu daripada hidup mereka, malah kasih sayang antara adik-beradik masih kekal utuh.

Perkongsian video itu telah meruntun hati orang ramai, rata-rata netizen memberi komen positif serta memberi sokongan kepadanya.

Screenshot 2023 07 05 134408

Jangan pandang serong bekas banduan

Kata Yusri, video itu dikongsi untuk menyampaikan mesej kesedaran supaya orang lain yang mempunyai ahli keluarga dengan status sama tidak malu menyambut kepulangan mereka.

“Saya tidak mahu stigma meminggirkan banduan masih ada selain mahu masyarakat terus sedar yang bekas banduan juga layak berada dalam komuniti dan jangan pandang serong kerana setiap individu itu mempunyai kisah sendiri,” ujarnya.

Baginya, apa saja yang berlaku termasuk kisah silam adiknya biarlah berlalu kerana apa yang penting adiknya perlu bersemangat untuk bangkit semula.

Baca: Ibu Sanggup Naik Bas Dari Selangor Ke Melaka Demi Sambut Anak Keluar Dari Penjara
Ibu Jemput Anak Dari Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.