in

“Setakat kecam kat media sosial ni apalah sangat” – Janna Nick Tak Ambil ‘Port’ Netizen Kecam Aksi Romantis Didukung Kekasih

Dukung Janna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, nama Janna Nick sekali lagi jadi sebutan ramai selepas viral video TikTok yang dikongsikan di Instagram menunjukkan pelakon tersebut didukung oleh teman lelakinya, Dini Azan Schatzmann yang juga seorang pelakon.


Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah meninggalkan komen kecaman dan teguran terhadap Janna kerana tidak menjaga batas pergaulan dan membuat aksi yang tidak sopan dengan kekasihnya di media sosial.

 

“Lu ingat gua kisah ke?” 

Sedar akan pelbagai komen negatif yang dilemparkan terhadapnya, Janna akhirnya bersuara menerusi posting terbaru di Instagram bersama-sama kapsyen yang mengatakan dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan netizen kerana sudah terbiasa dengan hal tersebut.

Lu ingat gua kisah ke lu kecam kecam gua… setakat kecam dekat sosial media ni apa lah sangat.. Banyak Lagi Dugaan Lagi teruk daripada kena kecam dengan “JIN MASAUTH “

“JANNA 1 : NETIZEN : 0 ?” 

Walau bagaimanapun, kapsyen tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menganggap pelakon wanita ini berlagak dan sudah tidak kisah dikecam kerana kini berada di puncak kejayaan.

 

Mereput Sis

 

“Macam ini, kau tegur elok-elok, lepas itu tak payah paksa orang terima pendapat kau” 

Membalas komen yang diterimanya, Janna kemudian menjelaskan bahawa tujuan dia menulis kapsyen di atas bukan sebab dia mahu berlagak tetapi baginya ada beza antara netizen yang mengecam dan memberi nasihat.

Y

 

 

“Macam ini… kau tegur elok-elok, lepas itu tak payah paksa orang terima pendapat kau. Bukan masalah siapa atas siapa bawah. Nak berlagak apanya kita ini manusia biasa. 

“Sama-sama buat salah… sama-sama buat dosa. Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tak tentu pasal. Istilah kecam ini bukan untuk orang yang tegur elok-elok. Kalau yang tegur elok kita panggil nasihat,” katanya.

Janna sebelum ini juga pernah bertikam lidah dengan netizen di Twitter gara-gara memberi pendapat mengenai filem The Purge yang katanya menjadi punca serangan penyokong bekas Presiden AS, Trump di bangunan Capitol.

Fuh takut lah min tengok kak long Janna ni. Jangan gaduh-gaduh ye dengan netizen. 

Baca: “Loser” – Nama Janna Nick Tiba-tiba Trending, Dikatakan Bertikam Lidah Dengan Netizen Lepas Komen Isu #ThePurge di US?

Net

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.