in

“Seseorang menyuruh saya menumbuk arwah” – Saksi Pembelaan ‘Buka Mulut’ Masa Insiden Arwah Zulfarhan

Zulfarhan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang merupakan saksi pembelaan ke-20, Muhammad Alif Farhan Aerosni, 25 tampil memberikan keterangan tentang insiden pegawai kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menurutnya, ada individu menyuruhnya tumbuk arwah. Katanya lagi, dalam kejadian pada pukul 2.05 pagi, 22 Mei 2017 itu dia tidak dapat mengenal pasti individu yang menyuruhnya bertindak sedemikian.

“Saya sampai di bilik 4-10 (bilik saksi itu) masa itu bilik gelap, semua orang tengah duduk di tempat duduk mereka. Mereka tanya saya hendak buat apa, saya menjawab hendak mengambil telefon bimbit.

“Pada masa sama ada seseorang menyuruh saya menumbuk arwah (Zulfarhan) namun saya hanya tepuk bahunya (Zulfarhan). Saya terus mengambil telefon bimbit dan keluar dari bilik itu dan ke bilik 4-11.”

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Ranjit Singh Dhillion yang mewakili tertuduh ketiga, Muhammad Najib Mohd. Razi pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Zulfarhan

Menerusi Kosmo, saksi juga menjelaskan bahawa dia mengenali arwah Zulfarhan. Pada waktu itu, bilik 4-10 suram, kurang cahaya dan ramai kadet tapi dia tak dengar apa dan nampak apa yang kadet-kadet itu menyoal arwah.

Walaubagaimanapun, saksi melihat, tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhhairi Azmal tidak buat apa-apa pada waktu itu semasa disoal peguam Amer Hamzah.

Ketika pemeriksaan balas oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya. Joy Jothi, adakah saksi bersetuju individu yang menyuruhnya menumbuk Zulfarhan adalah tertuduh keenam, Abdoul Hakeem Mohd Ali, saksi menjawab, “Tidak Setuju”.

Zulfarhan2

Malah, ketika Joy Jothi mencadangkan adakah ketika kejadian keadaan arwah Zulfarhan berikat , tidak berbaju dan memakai seluar pendek, saksi menjawab dia tidak bersetuju kerana masa itu arwah tengah berdiri, tidak memakai baju dan tangan tidak berikat.

Muhammad Alif Farhan juga tidak bersetuju dengan cadangan bahawa keterangan saksi itu tidak sepenuhnya benar dan hanya untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang telah dituduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung lagi Khamis ini.

 

Baca : Perbicaraan Zulfarhan Hari Ini Ditangguhkan Sebab 4 Suspek Positif Covid-19

Farhan

 

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.