in

“Seronok berubah jadi tragedi” – Kepala Anak Benjol, Jatuh Dalam Kolam ‘Inflatable’ Tak Cukup Air

Ft Kolam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau, boleh terjadi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa, diharap insiden yang berlaku kepada @hazirah.zaini ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua agar sentiasa awasi anak kecil jika mereka ingin berhibur.


 

Seronok berubah jadi tragedi

Menerusi perkongsian video di TikTok, dilihat wanita ini ada menyewa Inflatable Playground untuk anak-anak kecil di rumahnya, untuk bermain perdmainan ini, perlu mengambil masa kerana nak isi angin dan air.

Kolam

Menurut Hazirah lagi, ini adalah pertama kali dia menyewa permainan ini, jadi, sudah pastinya kanak-kanak akan rasa teruja apabila melihatnya, difahamkan air masa itu belum penuh tetapi kanak-kanak sudah mula main.

Tanpa diduga salah seorang kanak-kanak itu tersadung jatuh, boleh dikatakan agak tinggi, bila dilihat kepala kanak-kanak itu benjol sebesar bola golf.

@hazirah.zaini

Baru nak seronok main kolam, sekali ada tragedi. Kena extra alert main ni, biasalah anak2 over excited 1st time main.

♬ Oh No – Kreepa

Mujurlah doktor mengatakan kecederaan itu tidak begitu serius, oleh sebab itu, Hazirah berpesan agar mereka yang ingin menyewa kolam ini sepatutnya kena pantau supaya perkara ini tidak terjadi.

Hazirah juga turut menasihati para ibu supaya, pastikan air dah penuh, baru boleh bagi anak-anak main.

Kolam2

Kolam3

“Anak buah saya jatuh masa air tu baru bawah sejengkal, jadi kepala terus kena lantai. Bila ada air, sekurang-kurangnya ada tekanan supaya elak hentak kuat terus ke lantai.”

Malah, penjaga perlu ada di bahagian tangga, kerana baginya kadang-kadang kanak-kanak punya rasa teruja memang tidak dapat terkawal sampai berebut nak naik tanpa tunggu orang sebelum habis gelongsor.

 

Baca : Sekumpulan Lelaki Sikh Guna Turban, Berjaya Selamatkan 2 Pendaki Jatuh Dalam Air Terjun

3Singh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.