“Seriously Lofa?” – Netizen Kecam Neelofa Promosi Produk FAKE Yang Boleh Tinggikan Badan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Phew! Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada saja kontroversi yang menimpa usahawan dan juga selebriti, Neelofa oleh kerana tindakannya yang boleh dikatakan kurang bijak. Kalau dulu kecoh isu Zouk dan promosi produk supplement untuk bayi, kali Neelofa dikatakan buat hal lagi sebab promosi produk fake!

Baru-baru ni pemilik kepada jenama tudung Naelofar ni dikatakan dah memuat naik iklan yang memaparkan dirinya serta produk supplement peninggi badan semalam (24 April) di Instagram. Sejurus je iklan ni viral di media sosial, Neelofa terus terima kecaman bertubi-tubi dari netizen yang adore pelakon terkenal ni!

Sumber: Facebook

Neelofa jatuh standard?

Antara komen pedas yang diterima ialah Neelofa dikatakan makin jatuh standard sebab pilih produk yang entah apa-apa untuk direview padahal dia tak perlu pun buat ulasan produk kerana dia sudah ada ‘segala-galanya’. Ulasan macam ni jugak menurut netizen agak bahaya sebab Neelofa seorang yang terkenal dan ramai orang akan mempercayai keberkesanan supplement fake tu!

Sumber: Twitter

Doktor pakar tegur Neelofa 

Isu promosi supplement peninggi badan ni akhirnya dapat perhatian dua orang doktor yang memang terkenal kat Twitter. Mereka ialah Dr Amalina Bakri dan Dr Beni Rusani.

Menurut tweet Dr Amalina, sebagai seorang doktor, dia menasihatkan supaya selebriti di Malaysia ni lebih berhati-hatilah dalam promosi apa-apa produk kat media sosial. Kalau tak sure akan kesannya, baik rujuk doktor dulu. Lagipun ramai yang jadikan selebriti sebagai ikutan dan idola dorang.

Sumber: Twitter

Manakala Dr Beni Rusani menerusi Twitter jugak mengatakan memang tak wujud jenis pil atau supplement yang boleh meninggi badan. Kecualilah kalau korang pakai heels. Hiks!

Sumber: Twitter

Terang Dr Beni, tumbesaran manusia hanyalah dari usia 18 hingga 20 tahun. Ketinggian tak turun naik macam berat badan dan kebanyakan manusia akan jadi lebih pendek kerana proses penuaan.

Sumber: Twitter

Ramai artis promosi produk yang sama

Dalam pada tu, Dr Beni jugak ada memuat naik posting seorang ‘artis’ yang back up Neelofa dengan mengatakan kononnya dia pun pernah mencuba produk ni dan ia memang betul-betul berkesan! Emm cane ni? 

Sumber: Twitter

Malah bukan Neelofa je yang dah pernah promosi produk yang sama. Selebriti macam Aiman Hakim Ridza dan Fattah Amin jugak pernah promote produk dengan konsep yang serupa. Aik? Bukan ke artis ni semua dah sedia tinggi. Nak tinggi macam mana lagi? 

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Macam mana pun, lepas posting yang dimuat naik Neelofa ni viral dan jadi bahan kecaman orang ramai, pelakon yang pernah terkenal dengan drama Suri Hati Mr Pilot ni terus delete posting Instagram tersebut.

Sebagai seorang artis yang menjadi idola ramai, admin harap Neelofa siasat dulu betul-betul produk apa yang sesuai untuk dipromosi. Takut-takut hal ni berulang lagi dan kredibiliti dia sebagai seorang yang disegani jatuh macam tu je.

Sumber: Instagram

Sian pulak kat Lofa. Apa saja dia buat mesti kena kecam. Harap lebih careful lagi ye, Lofa!

Dan korang, hanya kerana produk tu dipromosi artis atau selebriti tak bermaksud it’s real ya! Hati-hati sebelum membeli produk macam ni!

Baca: “Kau ingat Lofa kisah?” – Peminat Tegar Kecewa Sampai Bakar Tudung Neelofa 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!