in

“Seriouslah, Paracetemol?” – Pegawai Kesihatan Perancis Syorkan Makan Paracetemol Untuk Rawat Demam Bagi Pesakit Bergejala Covid-19?

Untitled Design 9 Censored

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan Covid-19 menimbulkan kegusaran di seluruh dunia, jumlah kes positif dan kematian setiap hari menunjukkan peningkatan bilangan kes.


Pelbagai inisiatif dilakukan negara yang terjejas wabak ini bagi mengekang Covid-19 daripada terus merebak.

Terbaru, ada kenyataan yang mengatakan pesakit Covid-19 yang mengalami gejala demam disaran untuk mengambil Paracetemol berbanding ibuprofen, lapor Berita Harian.

Malah Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran minggu lalu dalam twitternya ada menjelaskan pengambilan ubat anti radang boleh memberi kesan lebih buruk kepada kesan jangkitan Covid-19.

 

Mk Censored

 

Pengambilan ubat anti radang seperti ibuprofen dan cortisone boleh menjadi faktor memudaratkan jangkitan (COVID-19).

Sebaliknya ambil paracetamol, jika demam,”

Sementara itu kumpulan pegawai kesihatan Perancis turut memberikan pendapat yang sama.

Dakwa mereka ibuprofen akan mengurangkan tindakbalas imunisasi pesakit ketika melawan demam, sebaliknya lebih baik pesakit menggunakan paracetamol di kediaman masing-masing.

Image 20161020 8855 1Seo2Vn

Ia (paracetemol) akan mengurangkan demam tanpa tindak balas terhadap radang,” – Kumpulan Pegawai Kesihatan Perancis.

Untuk pengetahuan, kerajaan Perancis baru-baru ini memberi amaran kepada rakyatnya mengenai kesan buruk penggunaan ubat anti radang dalam melawan jangkitan Covid-19.

Lepas ni siapa yang rasa demam tu, terus ambik Paracetemol.

 

Baca: SERAM! Kes Positif Covid-19 Cecah SATU JUTA & Dah Bunuh Lebih 52,000 Orang Di Seluruh Dunia

Annotation 2020 04 03 181550

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.