Kes coronavirus di seluruh dunia dah meningkat dan cecah lebih satu juta selepas letupan pandemik yang berlaku di Amerika Syarikat (US).
Virus ini juga telah membunuh lebih dari 52,000 orang di seluruh dunia. Negara yang mencatat kematian terbesar adalah Itali diikuti oleh Sepanyol dan US.
100,000 kes pertama dilaporkan sekitar 55 hari lalu dan mencecah 500,000 dalam masa 76 hari dan dalam masa lapan hari kes ini terus meningkat dua kali ganda ke satu juta.
Kalau korang nak tahu, jumlah kes yang dilaporkan pada hari Khamis telah meningkat 10% dari hari sebelumnya dan disebabkan wabak ini juga, separuh dari populasi dunia diminta untuk duduk di rumah bagi melawan Covid-19.
Malah di Malaysia juga, angka kes positif Covid-19 dah mencecah ke 3,000 kes.
Pun begitu, kita dapat lihat jumlah kes sembuh di Malaysia juga makin hari makin meningkat disebabkan oleh dedikasi yang ditunjukkan oleh para frontliners.
Tapi tengok pada angka di seluruh dunia ni, macam tak hairan je kalau tempoh PKP ni dilanjutkan?
Baca: [TERKINI] 208 Kes Baru, 5 Kematian &122 Kes Pulih