in

“Seriau dah lepas ni” – Dua Individu Cedera Lepas Pembetung Aircond Jatuh Atas Kepala Masa Tengok Wayang

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu benda yang kita belajar dari filem-filem Final Destination, kemalangan memang betul-betul tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku di tempat dan masa yang kita paling tak expect.


Macam insiden yang berlaku di Singapura ini bila dua individu cedera dalam panggung wayang selepas pembetung aircond jatuh atas kepala dorang secara tiba-tiba!

118631822 117760750045619 8508696504054779313 O

Menurut Channel News Asia dan The Straits Times, insiden ini berlaku di Shaw Theatres NEX di Serangoon, Singapura petang Sabtu lalu.

Pekerja-pekerja di sana cepat-cepat memberikan bantuan kepada dua individu ini sebelum pasukan paramedik tiba dan kejarkan mereka ke hospital.

118317095 117760806712280 6201531274887940251 O

Dalam kenyataan yang diberikan oleh pihak Shaw Theatres, mereka berkata siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan bersama-sama pihak berkuasa.

Dikatakan, sejurus selepas kejadian malang ini berlaku, kesemua penonton termasuk di dewan-dewan lain telah diminta untuk mengosongkan tempat ini dan diminta untuk memberi nama dan nombor telefon untuk proses pemulangan duit.

118487008 117760766712284 3156275027779395975 O

Kalau dilihat dari gambar yang tular, boleh tengok sendiri pembetung yang bersaiz agak besar jatuh di atas kerusi dan seorang wanita terbaring di atas lantai sambil memegang kepala manakala salah seorang mangsa lagi diusung keluar menggunakan pengusung.

Netizen turut meluahkan rasa takut untuk pergi ke panggung wayang selepas melihat kejadian ini.

 

Baca: “2 jam tengok movie..3 kali tikus serang”-Panggung Wayang Di Kota Kinabalu Banyak Tikus Berkeliaran Sampai Naik Atas Kerusi.

Screenshot 2020 09 01 At 12.00.35 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.