in

“2 jam tengok movie..3 kali tikus serang”-Panggung Wayang Di Kota Kinabalu Banyak Tikus Berkeliaran Sampai Naik Atas Kerusi.

Featured 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya ramai akan pergi menonton wayang bila ada waktu terluang atau ada movie best keluar, especially pada hujung minggu lah kan.


Masing-masing of course ada ‘selera’ tersendiri bila masuk bab nak tengok wayang kat mana, bagi mengelakkan dapat hall terlalu sejuk, ruang tempat duduk sempit, skrin kecik dan macam-macam lagi lah.

Tapi macam mana pulak kalau tengah syok korang tengok wayang, sekali ada ‘kemunculan’ makhluk perosak? Siap naik atas kerusi korang lagi.

Kejadian ni dipercayai berlaku di Growball Cinema di Kota Kinabalu, Sabah.

Jom baca perkongsian Hyim A Ny dalam status yang dimuat naik beliau di facebook 2 hari lepas.

Growball Cinema Hall 8

Growball Cinema
Sumber : google

Tikus apa ni mau dihalau pun tidak mau lari. Growball cinema hall 8. Hati2 nanti makanan dan minuman kamu kena rompak tikus.Tikus ni sangat bahaya.. Banyak penyakit yg dia bawa boleh maut.

Unit kesihatan DBKK ada bidang kuasa kah sini. Bahaya ni.

Nanti esok saya datang claim makanan dan minuman sya kena serang tikus. Jgan tak bayar ahh, sya cangak kalau tidak bayar.

Sepanjang 2 jam show.. 3x tikus menyerang. Pukul pun balik juga. Lagi satu, busuk nya pawagam ni. Jaga kebersihan bah.

Manalah selesa kalau bau macam mop lantai yg kena biar tidak kena kasi kering. Bau lembap.

Malah Hyim sempat memuat naik video berdurasi 10 saat yang menunjukkan tikus tu siap naik ke atas kerusi dan menyentuh minuman yang ada di situ.

Tikus naik lemak dah ni!

Posted by Hyim A Ny on Saturday, January 12, 2019

Scary kan? Macam mana kalau kita berhadapan dengan situasi macam ni, tengah syok tengok wayang sekali ada tikus pulak yang makan popcorn kita..uishh moga dijauhkan

Video tersebut telah viral dan mendapat 226,000 tontonan dengan 4,908 share selepas ia dimuatnaik pada 13 Januari lalu.

So, ada netizen yang tanya mungkin tikus tu tersesat, tapi jawapan yang diberikan Hyim akan buat korang berfikir 2 kali.

Tikus sesat tak akan menyerang begitu

Lapar Tu Tuan
Sumber : facebook

Malah Hyim berkata dia juga cuba optimis, mungkin seekor sahaja tikus yang ada dan kebetulan dekat dengan tempat duduknya, namun TIDAK!.

Rupanya penonton lain pun mengalami situasi serupa, siap ada yang berteriak lagi..sape yang tak takut woi!

Ramai Penonton Teriak
Sumber : facebook

So korang lepas ni kalau nak pergi tengok wayang tu make sure pilih yang bersih dan selesa, nanti tak pasal-pasal bertemankan tikus..kahkahkah!

Baca : Siapa yang pengotor sampai bawak benda ni dekat kerusi cinema!

Page 5 3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.