Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu Uber di San Francisco diserang tiga orang penumpang wanita. Menurut laporan, ketiga-tiga wanita bertindak menyerang pemandu selepas ditegur agar memakai pelitup muka.
⚠️ ???????: ???????? ???????? ⚠️ Uber driver Subhakar told me he picked up 3 women in the Bayview yesterday & after asking one to wear a mask was subject to slurs, taunting & one grabbing his phone.
He’s taking a few days off.
SFPD is investigating. pic.twitter.com/o99pOooWsw
— Dion Lim (@DionLimTV) March 9, 2021
Menurut pemandu tersebut, Subhakar Khadka, wanita tersebut menggunakan perkataan yang menghina perkauman, batuk di muka dan mencabut pelitup muka yang dipakainya.
Lebih parah, wanita tersebut bertindak merampas telefon Khadka dan menyembur sesuatu ke arah dirinya, yang dipercayai merupakan penyembur lada.
Untuk rekod, Khadka mengambil penumpang wanita ini pada pukul 12.45 tengah hari pada Ahad lalu dan keadaan berubah menjadi tegang selepas dia menegur agar penumpang agar memakai pelitup muka.
Malaysia King terlibat?
Berita seperti ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, namun apa yang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah nama penumpang wanita tersebut.
Menurut laporan, dua daripada tiga penumpang tersebut bernama Arna Kimiai dan Malaysia King. Kedua-duanya berumur 24 tahun, manakala identiti seorang lagi penumpang tidak didedahkan oleh sumber.
Ya, anda memang tak salah baca. Nama dia Malaysia King!
Malaysia King telah ditahan oleh polis Las Vegas manakala rakannya, Arna Kimiai masih belum ditahan, dan dilaporkan mahu menyerah diri menerusi peguamnya.
?ARREST MADE: Police officers from Las Vegas PD earlier today apprehended 24-year-old Malaysia King in connection with the incident. 24-year-old Arna Kimiai, remains outstanding at this time, but communicated through her lawyer her intent to turn herself in @KPIXtv @SFPD pic.twitter.com/IEmgpYmzhE
— Betty Yu (@bett_yu) March 12, 2021
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia keliru dan terhibur dengan nama wanita ini. Malah, ada yang menyangka penyerang tersebut ialah rakyat Malaysia selepas membaca namanya.
Sumber: HITC
BACA: #DhakaMafia: Gangster Bangladesh Paling Dikehendaki Ditemui Bersembunyi Di Malaysia?