in

#DhakaMafia: Gangster Bangladesh Paling Dikehendaki Ditemui Bersembunyi Di Malaysia?

Collage 31

Baru-baru ini, Unit Penyiasat Al-Jazeera ada memuat naik sebuah dokumentari menunjukkan gangster paling dikehendaki yang hilang secara tiba-tiba ada bersembunyi di Malaysia. Betul ke? Jom baca ceita tentang Mafia Dhaka ni…

Aku boleh bunuh kau. Tapi kalau aku bunuh kau, kau tak akan rasa sakit. Aku akan buat kau sengsara.”

Tanpa menunjukkan sebarang emosi, Mohammad Hassan senyum sambil hisap rokok dengan tangannya yang dipenuhi dengan cincin dan gelang emas. Sama macam babak cerita mafia yang kita tengok dalam filem.

Kisah pembalasan dendam dan hukuman kejam, mengaitkan lelaki ini dengan kumpulan paramiliter yang tergerun di dunia iaitu Batalion Tindakan Cepat (RAB), terkenal dengan pembunuhan, penculikan dan penyiksaan di seluruh Bangladesh. Lelaki ini juga turut dikaitkan dengan golongan elit politik dan salah seorang lelaki paling berkuasa di negara itu.

Bangla 12 672X420 1
Jeneral aziz dan haris

Siapa itu Mohammad Hasan?

Mohamad Hasan mempunyai dua identiti. Identiti pertamanya adalah ahli perniagaan kecil-kecilan dari Bangladesh yang telah merantau ke serata tempat untuk membina kehidupan baru di Eropah. Perniagaan pertukaran wang yang dipanggil Bay of Bengal, adalah salah satu perniagaan yang dijalankan oleh Hasan di Budapest sejak May 2015. Namun perniagaan ini dibuat secara haram dan tanpa lesen.

Bersebelahan kedai tersebut, adalah perniagannya yang lain iaitu restoran yang dinamakan Gulyas Et-terem, tapi macam perniagaannya yang lain, perniagaan ini juga tak memberikan untung kepada lelaki ini. Dia pernah buka hostel untuk pelajar, sebuah lagi restoran lain dan kedai pakaian wanita. Hasan ada masalah duit, tapi masalahnya bukan sebab tak ada duit, tapi memikirkan cara macam mana nak sembunyikan hartanya yang terlalu banyak.

Namun ini bukan identiti sebenar Mohammad Hassan, ia hanyalah identiti palsu yang dibuat untuk menyembunyikan diri dari menjadi orang buruan.

Unit Penyiasat Al-Jazeera telah mendedahkan identiti sebenar Mohammad Hasan. Dengan pendedahan ini juga, pasukan ini telah berjaya menjejaki abang sulungnya yang menetap di Malaysia selepas melarikan diri dari penjara.

Nama sebenar lelaki ini adalah Haris Ahmed dan dia merupakan anak lelaki ketiga tertua dalam keluarga besar berasal dari ibu negara Bangladesh, Dhaka.

Lahir pada tahun 1966, Haris telah tinggalkan persekolahan dan menemui bakat membuat keganasan dan pemerasan bersama adik beradiknya, Josef, Anis dan Tipu dan berjaya mencipta reputasi menjadi mafia yang digeruni. Mampu membuat keganasan melampau sekiranya perlu.

Jadi bodyguard tak rasmi Perdana Menteri

Bangla 13 672X420 1
Jeneral aziz dan sheikh hasina

Kerana keadaan politik yang huru-hara di Bangladesh ketika baru membangun menjadi sebuah negara, ahli-ahli politik telah bekerjasama dengan geng mafia jalanan untuk mendapat perlindungan dan bertahan.

Sheikh Mujib yang sebelum ini menerajui Bangladesh telah mati dibunuh dan kini negara itu diterajui oleh anak perempuannya Sheikh Hasina yang sering diugut dan diserang. Keluarga Ahmed menjadi pelindung tak rasmi Sheikh Hasina.

Walaupun digeruni, ramai juga yang berdendam dengan adik beradik ini. Tipu, adik paling bongsu telah dibunuh pada tahun 1999 selepas menjadi mafia yang mengawal Mohammadpur.

Dua dekad kemudian, empat adik beradik yang lain berusaha menaikkan pangkat mereka dalam dunia mafia, seorang lagi adik beradik mereka, Aziz memilih untuk menjadi tentera Bangladesh dan dengan kekuatan politik Sheikh Hasina, Aziz dapat naik pangkat dengan cepat.

Nasib geng mafia berubah

Pada tahun 1996, Mustafizur Rahman Mustafa telah ditembak oleh Anis, Haris dan Josef namun Rahman dapat bertahan lama dan menjadi saksi pembunuhannya selepas testimoni yang dia berikan sebelum menghembus nafas terakhir telah mengubah nasib geng Ahmed ini.

Pada tahun 2004, Josef telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh manakala Anis dan Haris telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tapi dua beradik ini sempat melarikan diri dari negara.

Anis dikatakan telah melarikan diri ke Malaysia manakala Haris telah menyembunyikan diri di India.

Dengan pangkatnya sebagai ketua tentera, Jeneral Aziz berjaya mengaut keuntungan sekaligus dapat menukar hukuman mati ke atas adiknya Josef kepada penjara seumur hidup sebelum dilepaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan dari presiden.

Dengan kemewahan ini juga, ia dikatakan telah membantu adik beradiknya yang lain untuk terus bersembunyi dan menukar identiti.

Unit Penyiasat Al-Jazeera juga berjaya memperolehi rakaman audio menunjukkan yang adik beradik ini telah mendapat sokongan penuh dari Sheikh Hasina.

Mana korang semua masa bom dibaling dekat rumah saya? Adik beradik jeneral ada bersama saya.”

Berjaya jejaki Anis di Malaysia

Screenshot 2021 02 17 At 6.10.06 Pm

Dalam salah satu episod dokumentari dari Al-Jazeera ini, pasukan itu berjaya menjejaki Anis Ahmed yang menghilangkan diri sejak lari dari penjara selepas mengekori Aziz ke Malaysia dari Singapura pada tahun 2019.

Ketika mereka bertemu pada tahun 2019, adik beradik ini (Aziz, Josef dan Anis) telah menaiki kenderaan diplomatik dan menghabiskan masa mereka di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.”

Screenshot 2021 02 17 At 6.10.32 Pm
Josef di malaysia

Untuk pengetahuan korang, Anis pernah cuba untuk membuat rayuan kepada mahkamah namun dia disuruh untuk menyerahkan diri.

Dia tak pernah menyerah diri malah rekod menunjukkan yang dia telah membeli rumah pada tahun yang sama di Malaysia.”

Screenshot 2021 02 17 At 6.11.30 Pm
Anis pertama kali dijejaki di malaysia selepas melarikan diri dari bangladesh

Namun, dalam dokumentari ini, tak dijelaskan sama ada Anis masih tinggal di Malaysia atau tidak.

Screenshot 2021 02 01 At 17.31.50

Malah, Unit Penyiasat Al-Jazeera juga telah cuba menghubungi perdana menteri Bangladesh, menteri dalam negeri, inspektor-jeneral, komisioner polis dan empat adik beradik ini serta Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur untuk mendapatkan respon mereka mengenai penemuan ini namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

Korang boleh tengok dokumentari dekat sini:

Sumber: Al Jazeera, FMT

 

Baca: KEJAM! Kumpulan Mafia Ambil Alih ‘Jaga’ Colombia, Bunuh Rakyat Ingkar Perintah Lockdown

Screenshot 2021 02 17 At 6.24.44 Pm

Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: Al-Jazeera
Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera