in

“Seram woi!” – Syuk Buat Live Dalam Lif, Tapi Netizen Tegur Dengar Suara Perempuan Menangis Dekat Belakang…

Sora Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, hari Khamis malam Jumaat ini selalu dikaitkan dengan perkara mistik dan menyeramkan.


Kebetulan pula semalam hari Khamis, bagi yang tengok Instagram live pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar korang pasti perasan something kan?

Menerusi perkongsian di Instagram Shuk sendiri, dia menyatakan rasa terkejut apabila perasan terdengar bunyi wanita menangis semasa sesi Instagram live yang dibuat di dalam lif. 

Video yang dikongsikan Shuk tersebut menunjukkan dia bersama seorang rakan di dalam lif sedang bermain permainan teka teki dengan netizen di Instagram. Namun suara latar belakang Instagram tersebut terdengar sayup-sayup bunyi tangisan seorang wanita. Alamakkkk… 

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. Mula-mula saya live biasa je… lepastu kami main teka-teka umur dan nama… siapa menang dia dapat duit RM150. 

“Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun.  

“Kemudian bila orang hantar screen record dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis,” katanya.

Menurut Shuk, dia akan memanggil ustaz untuk mengesahkan apa yang berlaku sebenarnya pada malam semalam.

 

“Meremang. Aduh tibe dengar orang menangis” 

Rata-rata netizen yang mendengar bunyi tersebut mengakui ia memang seram dan tak sangka Shuk sebenarnya tidak mendengar bunyi tersebut ketika live sedang berlangsung.

Meremang

Walau bagaimanapun, ada juga di antara netizen mengatakan suara menangis tersebut adalah teknik Shuk sengaja nak prank netizen dan memasang suara daripada Youtube. Pulakk… 

Prank

Apa-apapun harap hidup korang tidak diselubungi misteri ye lepas tengok video ni. 

Baca: “Ala dia tak nampak la” – Rakam Video Sewaktu Turun Hiking di Tanjung Tuan, Gadis Terdengar Bunyi ‘Suara Wanita Garau’

Syeram

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.