in

Seram! Suami Mengadu Langsir Bergerak Dalam Wad, Isteri Ingatkan Angin, Sekali…

Ft Langsir Bergerak Sendiri Kpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada @drsyasyafickry hari tu ada masuk wad akibat keracunan makanan di KPJ, sepanjang berada di wad, suaminya mengadu bahawa langsir dalam bilik wad tersebut selalu bergerak dengan sendiri, si isteri ini pada mulanya malas nak ambil pusing sebab ingatkan angin, tapi bila suaminya tunjuk video….

 

Weh, ini apa!!!


Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan langsir sedang bergerak, mungkin sekali pandang macam angin tiup, namun ketika saat yang ke 5, dilihat langsir itu seolah-olah ia dipegang dan ia seperti seseorang ingin menariknya, tapi tiada sebarang kelibat manusia disitu.

Dalam keterangan tweet tersebut, wanita ini menjelaskan bahawa tempat itu terutamanya bilik wad suaminya memang ada ‘benda’. Tambahnya lagi, bilik itu memang ada banyak ‘cerita’. 

Screenshot 2022 02 23 174659

 

Dalam masa 8 jam, video ini telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets, ada yang menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama ketika di hospital dan ada juga yang cuba husnuzon dengan mengatakan bahawa ianya adalah tiupan angin semata-mata.

Kpj Kpj2 Kpj3 Kpj4

Apapun, kena lah kuatkan semangat sebab kat dunia ni sebenarnya bukan lah ada manusia je, ada je makhluk lain, cuma kita je tak nampak. 

Baca : Gonjiam: 7 Fakta Filem Seram Korea Mengenai Hospital Sakit Jiwa Yang Berhantu

Page Gojiam2

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.