in

Seram! Lelaki Dakwa Temui Rambut Panjang Keluar Dari Kubur Berusia 100 Tahun

F1 Rambut Di Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar kisah-kisah misteri dan seram yang berlaku di kawasan perkuburan kan. Kali ini, kami nak kongsikan pula dengan anda sebuah kisah pelik yang terjadi di kawasan kubur di Sacramento, California, Amerika Syarikat.


Menurut Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Joel Morrison itu telah menemui rambut panjang yang keluar dari celah kubur di kawasan itu baru-baru ini. Seramnya! 

Difahamkan, dia telah melawat kawasan perkuburan Joseph Catholic dan terkejut bila terjumpa rambut tersebut ketika berjalan di situ. Jadi, dia memutuskan untuk merakam video penemuannya yang kemudiannya telah dikongsikan di aplikasi TikTok.

Dari situlah, video penemuan rambut panjang yang keluar dari kubur mula viral sebab netizen juga ada yang tak percaya dengan kejadian tu.

Kubur Rambut 1

Namun, menurut Joel, setelah diperhatikan, dia perasan yang banyak kubur-kubur lain di kawasan tu macam dah berubah, mungkin dirosakkan oleh haiwan seperti tupai. Pokok-pokok yang tumbuh besar dan tinggi juga boleh menyebabkan kubur dan batu nisan rosak.

Tekanan daripada akar pokok yang kuat dikatakan boleh menyebabkan bahagian kubur yang diperbuat daripada konkrit sedikit terbuka dan ini akan menyebabkan haiwan-haiwan bersaiz kecil tertarik untuk bersarang di situ.

Rata-rata netizen juga ada berkongsikan teori mereka tersendiri tentang kejadian aneh tu. Ada yang kata mungkin banjir atau hujan yang lebat telah menyebabkan mayat tu terapung dan naik ke atas.

Selain tu, ada juga yang berpendapat mungkin ada haiwan yang buat lubang pada kubur tu dan ia nak bersarang di rambut berkenaan. Untuk pengetahuan semua, kubur tersebut sebenarnya dah berusia 100 tahun tau!

Kubur Rambut 2

Tidak kurang juga ada yang rasa benda ni hanya lah rekaan semata-mata.

Namun, yang anehnya, bila Joel kembali ke kubur tu semula pada keesokan harinya, rambut tu dah ‘masuk’ balik dalam kubur. Mungkin orang yang bertanggungjawab jaga kubur tu kot yang buat, sebab kesian jugak kat si mati kalau tu memang rambut orang yang dah meninggal kan.

Disebabkan rambut tu memang misteri nusantara, jadi Joel rancang nak buat hantar rambut tersebut ke pejabat koroner untuk kenal pasti adakah rambut tu memang milik manusia atau makhluk dari alam lain. 

Sumber: Daily Mail, Twitter The Sun 

Baca: ‘Jewellery’ Daripada Rambut & Gigi Si Mati, Hasil Rekaan Wanita Ini Pernah Cecah Harga RM23,525!

Kubur Rambut

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.