in

“Seperti diberi peluang kedua” – Nora Kongsi Pengalaman Hampir ‘Pergi’ Ketika Dirawat Di Hospital

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tengah sakit, pastinya kita mengharapkan kesembuhan yang cepat supaya dapat jalani kehidupan seharian seperti biasa. Berbeza pula dengan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Nora Ariffin yang berkongsi kisahnya hampir ‘pergi’ ketika sedang dirawat di sebuah hospital.


Nora E1599131765878

Pada awalnya, pendendang lagu “Renungan Terakhir” itu telah disyaki menghidap demam denggi ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik.

“Asalnya saya ke klinik kerana demam dan doktor syak saya dijangkiti demam denggi.”

Atas saranan doktor, Nora pun bergegas ke sebuah hospital untuk menerima rawatan lanjut dan dimasukkan air ke dalam badannya untuk tujuan perubatan.

Artikel berkaitan: “Mama tolong ambikkan ye” – Sempat Habiskan Pengajian, Nora Sebak Terima Diploma Arwah Anak

Artikel berkaitan: ‘Mak dia tak salah’ – IG Nora Ariffin Dibanjiri Dengan Komen Negatif, Netizen Mohon Nora Tabah Dan Kuat

Namun, dikatakan telah berlaku kesilapan teknikal oleh pihak hospital tersebut yang menyebabkan paru-paru Nora dipenuhi dengan air.

“Mungkin disebabkan ‘overdrip’, badan saya alami air berlebihan termasuk di bahagian paru-paru sehingga menyukarkan saya bernafas.”

Disebabkan tu, dia dimasukkan ke sebuah ICU di hospital lain dan dirawat oleh tiga orang pakar perubatan.

“Ketika sesak nafas, saya hanya nampak putih sahaja dan rasa masa saya sudah tiba.”

Ketika dalam keadaan kritikal itu, Nora juga sempat bertaubat dan menitipkan pesanan buat suami tercintanya, Dr. Rushdi Ramli untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Q12

Syukurnya, Nora seperti diberi peluang kedua untuk hidup apabila tersedar selepas tiga hari berada di unit rawatan rapi itu.

“Ketika dimasukkan ke ICU doktor buang air berlebihan dan maklumkan, saya alami serangan jantung kecil, tapi bukan disebabkan oleh kegagalan jantung, sebaliknya kerana air berlebihan itu.”

“Rawatan susulan memang ada sebab doktor nak pantau keadaan kesihatan saya. Alhamdulillah, lebih kurang seminggu selepas itu, semuanya kembali normal.”

Walaupun telah melalui pengalaman cemas itu, Nora bagaimanapun mengambil pendirian untuk memaafkan kesilapan pihak hospital yang merawatnya dulu.

“Doktor pun manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan.”

Memang respect dengan Datuk Nora! Semoga seisi keluarganya sihat selalu. Amin…

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.