in

“Sepatutnya minta maaf bukan keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki” – Netizen Pakat Boikot Neelofa

Lofa4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Neelofa kini sedang menjadi buh mulut netizen berikutan dengan kes dakwaan melanggar SOP, pergi berbulan madu di Langkawi.


Namun begitu, baru-baru ini Neelofa ada mengeluarkan kenyataan yang telah mengundang kemarahan orang ramai.

 

Terima kasih lah kepada anda semua kerana memberikan free marketing kepada saya” – Neelofa

Dalam kenyataannya sebelum ini, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai isu pelanggaran SOP dan menyerahkan urusan berkenaan kepada pihak yang terlibat sahaja.

Dalam masa yang sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan free marketing kepada dan sekaligus memberikan rezeki kepadanya.

Kenyataan itu ternyata kurang enak didengari oleh netizen yang terdiri daripada kalangan peminatnya sendiri.

Berikutan dengan kenyataan tersebut, Kosmo! melaporkan bahawa mereka berpakat nak boikot Neelofa, ini antara komen mereka.

“Selain tudung dan susu pisang, apa pagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?”

“Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.”

“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan.”

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini ada kongsikan dirinya dilihat seperti sedang berlibur di Langkawi, namun satu produk minuman terkemuka sebelum ada buat kenyataan bahawa mereka ke Langkawi untuk tujuan kerja.

Bagaimanapun, pihak polis memerhatikan bahawa ia seperti sedang bersuka ria.

 

Baca : “Berikan ruang untuk selesaikan secara profesional” -Neelofa Jawab Isu Honeymoon Di Langkawi

Capture 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.