in

“Sepatutnya 9 pembedahan tapi..” – Luka Faisal Halim Belum Kering, Tunjuk Perkembangan Positif

Fh 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat bola sepak yang menanti perkembangan Faisal Halim, anda boleh menarik nafas lega kerana pemain itu menunjukkan perkembangan positif setelah selesai menjalani beberapa pembedahan selepas menjadi mangsa simbahan asid di Petaling Jaya.

Fh 1
Sumber: harian metro

Luka Faisal masih belum kering

Pun begitu, Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey perlu menjalani rutin rawatan pada setiap minggu untuk mencuci lukanya yang masih belum kering, lapor Harian Metro.


Artikel berkaitan: “Apa kena-mengena?” – Dituduh ‘Mastermind’ Kes Simbah Asid Faisal Halim, Ini Respon TMJ

Artikel berkaitan: “Saya tak boleh tengok..” – [VIDEO] Kim Pan-gon Sebak Bila Ditanya Mengenai Faisal Halim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon Johan berkata, fokus utama mereka kini adalah untuk memastikan luka pemain itu dapat pulih sepenuhnya.

Keutamaan kita buat masa ini adalah supaya lukanya kering sepenuhnya. Selagi lukanya belum kering, dia tidak boleh memulakan aktiviti lasak.

Selain itu, pemain tersebut juga ada membuat rawatan fisioterapi ringan yang tidak terlalu berpeluh supaya ototnya tidak terlalu keras.

Dia perlu melengkapkan fasa pertama ini dahulu sebelum boleh mula memasuki fasa kedua. Masih ada luka basah ketika saya melawatnya sebelum ini, ada kuning-kuning yang saya tidak pasti, mungkin nanah tetapi yang jelasnya luka itu belum lagi kering.

“Sepatutnya 9 pembedahan..”

Berkat doa daripada orang ramai, Faisal dikatakan tetap bersemangat dan tidak sabar untuk kembali beraksi di atas padang. Mengikut jangkaan, dia perlu berada di hospital dalam tempoh tujuh minggu namun sudah keluar dalam tiga ke empat minggu.

Perkembangannya sangat memberangsangkan apabila doktor memaklumkan dia memerlukan tempoh tujuh minggu di hospital, tetapi dia sudah keluar dalam tiga ke empat minggu.

Sepatutnya dia menjalani sembilan pembedahan tetapi hanya empat pembedahan saja.

Bagaimanapun, Johan berpesan kepada Faisal supaya terus bersabar dan lukanya perlu sembuh sepenuhnya. Dia juga harus fokus kepada kecergasan diri sebelum dapat kembali bermain.

Moga urusan Mickey dipermudahkan!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.