in

“Apa kena-mengena?” – Dituduh ‘Mastermind’ Kes Simbah Asid Faisal Halim, Ini Respon TMJ

Syaz Ft 2024 06 10T120408.452

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) bertitah tiada sebab baginya untuk dikaitkan dengan kes simbah asid pemain Selangor FC, Faisal Halim.


Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor itu bagaimanapun mengakui pemain sayap kebangsaan tersebut sebagai pemain yang baik, namun bukan ancaman kepada JDT.

Artikel berkaitan: Kecoh Kes Pukul Pemandu E-Hailing, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

Artikel berkaitan: “Tiada kaitan dengan bolasepak” –  TMJ Seru Semua Pihak Lawan Keganasan

“Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik tapi saya tidak tahu hidup peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang.

Tetapi, ada apa kena mengena dengan saya? Ada pihak yang cakap Tunku Mahkota Ismail adalah mastermind (simbah asid),” titahnya.

Malah, baginda berkata perkara itu sangat bercanggah dengan pendiriannya, baginda juga bertitah ada ‘sasaran’ yang lebih penting untuknya.

“Kalau saya nak habiskan orang, saya ada sasaran yang lebih besar dalam negara yang mengambil duit rakyat, orang yang bertanggungjawab rompak hasil duit rakyat, orang ini lebih penjenayah bagi saya.

Faisal Halim ini cuma pemain bola sepak, tak kan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional, saya nak habiskan dia buat apa,” titahnya lagi.

Menurut laporan Sinar Harian, kenyataan TMJ itu diberikan dalam sesi podcast secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity semalam.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.