in

“Sepanjang hidup, saya tidak pernah menerima rasuah” – Suami Bekas Gabenor BNM Tak Kenal Leissner dan Ng

Ft Tawfiq Tim Leisnner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Dr Tawfiq Ayman, suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya.

Kenyataan itu dibuat susulan dengan keterangan daripada bekas Pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara, Tim Leissner dalam prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng (bekas Ketua Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia) di Mahkamah Tinggi Brooklyn di New York.


 

“Saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.”

Kenyataan itu diberikan melalui firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co. Dalam keterangan Leissner, dia ada menyentuh hal rasuah yang membabitkan suami kepada bekas bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ini berhubung projek usaha sama PetroSaudi – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Tawfiq, beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat dan terus menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak kenal Leissner dan Ng bahkan langsung tidak pernah bersua atau berkomunikasi dengan mereka berdua, lapor Harian Metro.

“Saya ingin menyatakan secara mutlak bahawa sepanjang hidup, saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.

“Oleh kerana prosiding kes masih berjalan di New York, saya dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang ulasan lanjut kerana ia mungkin menjurus kepada subjudis.”

Tambahnya, beliau akan membuat perbincangan dengan pasukan peguam untuk mendapatkan nasihat perundangan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil di atas kenyataan yang dibuatnya.

Baca : Beli Rumah RM40 Juta Untuk GF Guna Duit 1MDB, Ini Antara Pendedahan ‘Panas’ Tim Leissner Semalam…

Collage 31 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.