Semalam telah berjalan satu sesi perbicaraan kes skandal 1MDB ke atas seorang warganegara Malaysia Roger Ng yang pernah bekerja sebagai jurubank di Goldman Sachs di Amerika Syarikat.
Roger Ng telah dituduh terlibat dalam konspirasi bersama-sama Jho Low dan Tim Leissner bagi menggubah wang haram yang didapati dari dana 1MDB sekaligus melanggar undang-undang anti rasuah di US.
Kalau korang nak tahu, saksi utama kes ini Tim Leissner telah pun mengaku bersalah terlibat dalam penggubahan wang haram serta memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan dari negara luar.
Bagi mendapatkan hukuman yang lebih ringan atas kesalahannya ini, Leissner telah bersetuju untuk menjadi saksi utama bagi membantu penyiasatan kerajaan US ini.
Pendedahan ‘Panas’ Tim Leissner
Ketika perbicaraan semalam, Tim Leissner telah membuat beberapa pendedahan yang mengejutkan berhubung kes ini. Antaranya adalah:
Beri pekerjaan kepada anak-anak Najib
Tim Leissner memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah bertemu dengan wakil Goldman Sachs bagi membincangkan mengenai bond bernilai USD 6.5 bilion untuk 1MDB.
Sebagai perhargaan atas urus niaga yang lumayan, Goldman Sachs ingin memberikan pekerjaan kepada tiga anak Najib di bank tersebut namun Tim Leissner hanya bantu anak perempuan Najib untuk mendapatkan pekerjaan di TPG Capital.
Perdana Menteri Malaysia merupakan perniagaan yang sangat baik untuk kami, jadi saya rasa dengan memberikan anak-anaknya pekerjaan dengan kami, ia akan dilihat sebagai potensi bukan sahaja untuk perdana menteri tetapi untuk semua orang di Asia.”
Bank Negara Malaysia luluskan pemindahan wang bernilai USD 1 bilion
Tambah Tim Leissner, Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pemindahan wang bernilai USD 1 bilion dari dana 1MDB ke PetroSaudi dan Good Star yang dimiliki oleh Jho Low.
Urusan pemindahan ini juga dilakukan dengan cepat kerana suami Zeti Aziz (gabenor ketika itu) dikatakan telah menerima rasuah.
Malah pada November 2021, SPRM mengesahkan bahawa aset sebanyak RM65 juta telah berjaya didapatkan semula dari Cutting Edge Industries di Singapura iaitu syarikat milik suami Zeti Aziz, Tawfiq Ayman dan rakan niaganya.
Beri rumah RM40 juta untuk kekasih lepas diugut
Pendedahan paling panas dibuat oleh Tim Leissner semalam adalah apabila lelaki ini mengatakan yang dia telah membuat hubungan sulit dengan CEO media dan wanita itu telah mengugutnya untuk membelikan sebuah rumah di London bernilai USD 10 milion.
Ketika ditanya tentang hubungan sulitnya itu, Tim Leissner memberitahu yang dia telah mempunyai beberapa hubungan sulit termasuk dengan Rohana Rozhan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro dan hubungan itu bermula dari 2003 sehingga 2013.
Leissner mengakui yang dia telah membelikan sebuah rumah untuk Rohana di London pada tahun 2013 selepas wanita itu mengugut untuk dedahkan penglibatannya dengan 1MDB.
Rohana marah bila saya cuba putuskan hubungan kami untuk bersama dengan isteri saya Kimora. Jika saya tak belikan dia rumah, dia akan beritahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia ugut nak dedahkan perbuatan saya. Ketika itu, tahun 2013, saya sangat takut didedahkan.”
Untuk pengetahuan korang, Tim Leissner merupakan suami kepada model terkenal Hollywood, Kimora Lee Simmons.