in

Seorang Lelaki Ditahan Cuba Rampas Senjata Api Dari Anggota Di Balai Polis

Senjata Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika semalam kecoh dengan kes dua orang lelaki yang ditahan gara-gara cuba untuk masuk ke dalam Istana Negara, awal pagi tadi pula ada satu lagi kes di mana seorang lelaki berusia 35 tahun cuba untuk merampas senjata api dari seorang anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang.


Memetik laporan Berita Harian, lelaki berkenaan telah menunggang sebuah motosikal dan mendekati anggota polis yang sedang menjaga di pintu pagar balai polis itu.

8 4

Difahamkan, kejadian berlaku pada sekitar jam 4 pagi. Setelah menghampiri anggota polis yang sedang bertugas itu, suspek kemudiannya meminta polis tersebut membuka laluan untuknya masuk.

Namun, suspek tiba-tiba berkata-kata kesat apabila diminta oleh polis itu untuk memberi sebab mengapa dia datang ke balai.

Suspek juga telah menceroboh masuk ke balai selepas itu dan turut cuba merampas senjata api milik polis itu iaitu submesingan jenis HK MP5 tapi bernasib baik kerana cubaannya untuk merampas gagal.

Artikel Berkaitan: “Lapor kes cabul 2 tahun lalu jam 2.30 pagi” – 2 Pelajar Disyaki Terlibat, Ini Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Ditahan, Cuba Masuk Ke Dalam Istana Negara & Dakwa Mahu Jumpa YDPA

Anggota polis itu kemudiannya menenangkan suspek namun tidak diendahkan kerana suspek mahu menyerang anggota polis itu dengan topi keledarnya pula.

Cubaan suspek untuk menyerang polis itu ternyata gagal kerana rakan setugas anggota polis itu membantunya untuk menahan serangan suspek.

Ujian saringan air kencing suspek mendapati suspek negatif dadah namun difahamkan, ketika kejadian, suspek sedang berada di bawah pengaruh alkohol.

Suspek kini telah ditahan namun kini sedang dirawat di hospital kerana cedera ketika bergelut dengan anggota polis.

Suspek juga ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.