Selalu kita dengar nasihat orang tua, kalau tak suka jangan cakap, jaga adab bila menjadi tetamu dirumah orang. Tapi dah zaman moden ini, kalau tak cakap depan-depan mereka akan ceritakan di media sosial macam yang dilakukan oleh individu ini.
Dia muat naik status mengatakan dirinya agak janggal apaila beraya di rumah orang tapi tak ada koleksi buku di ruang tamu kerana baginya itu adalah sesi ice breaking dia dengan tuan rumah.
Apa yang dia nampak hanyalah langganan saluran tv dengan internet semata-mata.
Perkongsian daripada Facebook ini dikongsikan semula di Twitter dan menjadi bahan bualan netizen terhadap sikapnya yang dianggap menyalahkan tuan rumah kerana sikapnya sendiri yang tak pandai ramah mesra.
Ramai yang menempelak kenyataannya bahawa macam-macam cara boleh kalau nak ramah mesra dengan tuan tumah, ada juga yang marah sebab terlalu cepat buat andaiah.
Malah ada juga netizen yang tegur sikap lelaki ini untuk belajar adab berziarah ke rumah orang.
Sendiri yang tak pandai berbual lepastu salahkan orang – Netizen
Hurm, admin ada simpan buku dalam bilik sebab takutlah kan nanti ada budak-budak kecil pergi koyakkan. Kan dah susah tu.